Selepas melewati Battagram kami akan melalui pula kawasan kecil yang di namakan Thakot. Mendengarkan namanya akan berasa gerun dan takut. Kita akan memasuki ke kawasan yang dikenali juga sebagai Indus Kohistan atau Kohistan District. Kawasan ini memang merbahaya. Ada banyak check point polis tempatan di sini. Di sinilah juga bermulanya pelbagai kerenah di sepanjang perjalanan menuju ke Khunjerab Pass.

[ 1 ] Dari Battagram Ke Thakot Bridget di Indus Kohistan | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | iPhoneography Adventure TRail | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Anda akan melalui dua jambatan sewaktu nak masuk ke Indus Kohistan ini. Satu jambatan lama dan satu lagi baru. Kedua-duanya diberi nama sebagai Friendship Bridge. Dibina oleh Kerajaan Tanah Besar China untuk Pakistan. Memang besar jambatannya. Anda dilarang keras untuk mengambil gambar di sekitar jambatan ini. Jambatan ini dikawal ketat oleh askar Pakistan. Dalam beberapa minit dari jamnbatan ini akan tertera check point yang pertama. Jika tak silap saya, terdapat lebih kurang 6-7 check point sehinggalah kita sampai ke Lembah Hunza nanti. Setiap kali tiba di check point, kami dikehendaki untuk mengisi butir-butir diri masing-masing di dalam buku besar untuk rekod.