Category Archives: Chak Shahzad

[ 22 Photos] Dengan Hanya Rs.250 (RM10) @ 1kg, Anda Boleh Mengutip Sendiri Strawberi Yang Kemerahan & Masak Ranum | Spring 2010 | Ladang Strawberi, Chak Shahzad | Islamabad, Pakistan

Siapa kata di Islamabad tiada strawberi?

Bukan di Cameron Highlands sahaja yang ada strawberi ya. Malah di sini juga ada.

Banyak sekali, manis sungguh, murah pula harganya untuk 1kg di sini.

[ 1 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Minggu ini setiap kali ke pasar sayur dan buah di Rana Market, pasti ternampak strawberi yang masak ranum. Selepas bertanya beberapa kali, saya dapati sekarang adalah musim strawberi di Pakistan. Pelik juga kerana bukankah strawberi sepatutnya masak ranum ketika musim sejuk ? Biasanya kita akan disajikan dengan strawberri di Cameron Highlands dalam suasana yang nyaman dan sejuk. Namun di sini, permulaan musim bunga agak panas. Matahari dah agak terik.

[ 3 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)