Category Archives: jalan2x + melancong

B-Shaped Pool at Bukit Merah Laketown Resort

percutian ke bukit merah di sambung kembali. hehe

korang perasan tak air2 kat atas tuh

saper yang tengok filem saiful apek mesti perasan ada sekali tuh dia buat filming kat bukit merah.

pastu saiful apek terlompat2 jumpa air2 tuh.

hehe ni lah tempatnya.

memang cool je air2 tuh kan. hehe 🙂

kat sebelah hotel aku ada pool ni. B-shape la plaks. ahaks 🙂

memang takde orang

mungkin sebab non peak hours kot

pool ni memang best

sebab kecik and tenang je air dia

memang sakan la kan dok berendam dalam kolam yang cukup cool neh

privasi sket kan. haha amendalah yg aku melalut neh labu ! haha

puas adik aku main2 air dalam tuh

aku petang ni takde mood la plak nak berendam dalam pool kali neh

so aku amik2 gambar je lah. sambil minum2 kat tepi pool neh. haha

kat sini pun ader spa gak. tapi mcm tutup je kan. hehe

dapat minum coke sebelah pool ni heaven dowh !

memang best je

sebelah pool neh ada kolam ikan. siap ada kura2 lagi. eh tuntung kot. ah whateva lah !

Arowana Species & Kelisa Emas Bukit Merah at Bukit Merah Laketown Resort

yang kat atas neh bukan ikan arowana tapi ikan toman

dengar cerita ikan toman ni memang banyak kat area tasik bukit merah ni

perghhhh kalu aku jumpa sure aku dah amik gambar tadi kan

aku suka ngan design signboard dia kat bawah neh. memang cool !

design yang simple !

perghhh banya giler signs kat sini

mana satu la plak nak pegi ni kan

petang camni ingat nak pegi beli ice cream je lah

pastu lepak2 tepi tasik bukit merah neh

melayan sunset ok gak kan. hehe 🙂

kat area nak pegi ke jetty tuh ada mcm species arowana

dengar cerita arowana neh semua diaorang tangkap kat tasi tuh la

species neh rasanya ada kat bukit merah adjer

ntah betul ntah idak. haha 🙂

lawa gak ikan arowana gold neh kan

sure harga beribu2 neh

aku teringin gak nak bela. tapi ikan neh takleh campur ngan ikan2 lain rasanya

and tank dia kalau boleh biarkan kosong jer

tak payah letak batu2 or pokok2 air cam aquarium yang lain2 tuh

Mighty Ducks & Paddle Boat at Bukit Merah Laketown Resort

lepas puas mandi-manda kat water theme park. rilek2 kejap kat bilik, then petang tu jugak kitaorang pegi ke area jetty kat main lake

besar siot tasik bukit merah neh

memang saujana mata memandanglah kan. hehe luas dan nyaman je rasa

so aktiviti petang ni ialah nak naik paddle boat kat sini

ala mcm zaman2 naik paddle boat kat mimaland ngan tasik titiwangsa dulu2 lah. haha mcm 80an plak rasanya naik paddle boat neh. btw kat genting pun ader gak rasanya

esok pagi plan nak canoeing plak. so petang ni kita naik paddle boat dululah ya

masa nak ke jetty tuh aku perasan kat tasikneh ada itik2 jinak tengah berenang2 lah. hehe banyak plak tuh. masa aku nak beli tiket pun ader banyak itik2 neh gak.

sekali ada kepala paip gergasi warna emas daaa kat sini. hehe

pulau2 keliling jetty ni diaorang panggil floating island. nampak macam pulau2 buatan je kan. kalau baca kat bawah neh pun pulau2 buatan neh ada sebab nak bagi kawasan tempat tinggal kat itik2 neh la

Water Theme Park & Laketown Area at Bukit Merah Laketown Resort

lepas je check in, terus makan2.

makan kundas yang korang nampak tuh la

makan sekali ngan nasi putih, ayam goreng, sayur kacang ngan sambal semi-masak saod ! haha

then terus nak jalan2 ronda2 dalam laketown neh

esok dah nak blah so kenalah maximise hari ni nyer activities kan. hehe

mula2 kena jalan2 area laketown dia. ada banyak kedai2 kat sini

aku perasan decor kat sini memang colorful and funky

memang menarik. sesuai kalau nak bawak budak2 bercuti kat sini

yang kat bawah ni pintu utama dia. so kalerful dowh ! haha

kitaorang masuk ke waterpark dulu. kena bayar la plak ! haha takde yang free ke kat sini ek ?

korang sure pelik apsal takde gambar dalam water park ?

haha ! sebab aku tinggalkan digicam aku ngan hp aku dalam locker la

so kat bawah ni je lah gambar yang ada pasal theme park dia. haha !

ye lah ! takkan nak bawak segala benda2 tuh masa mandi2 kat sini kan. kalau waterproof takpe gak. hehe so kena tinggal semua benda tu. sudahnyer aku ada satu gambar je pasal water theme park kat bukit merah laketown resort neh.

Cuti2 Malaysia at Bukit Merah Laketown Resort – Welcome Banner & The Hotel Room

aku pergi bukit merah laketown resort ni dah lama dah. cuma tak sempat nak blog je kat sini. hehe

aku pun dah tak hengat bila actually aku pegi bukit merah neh. cuma yang aku hengat masa tuh lepas training mighty ducks kat kuala weekend tuh. so malas sangat nak drive balik kl, singgah la kejap kat bukit merah. ni lah 1st time aku datang sini. dok 1 malam je bukannya lama sangat pun. hehe

check in ahad and then check out isnin

banner bukan nak sambut aku ok. aku takde kaitan ngan banner tuh pun. tu jabatan ketua menteri melaka. datang satu bas agaknyer. sure kecoh la resort neh nanti kan. hehee 🙂

masa aku singgah resort tuh tak peak so rate murah la sket, bukan rate weekend tapi week days

tak sangka plak yang banyak gak aktiviti boleh buat masa aku kat bukit merah laketown resort. aku cuba nak blog sebanyak mungkin pasal bukit merah laketown resort neh.

so expect series of blog pasal bukit merah la kan. hehe

actually aku nak pegi cuti2 ke taiping resort, tapi last minutes cancel la kan. hehe so pegi bukit merah laketown resort je lah. cam best je kan. saja je nak kayakan MK Land company neh.