lepas puas mandi-manda kat water theme park. rilek2 kejap kat bilik, then petang tu jugak kitaorang pegi ke area jetty kat main lake
besar siot tasik bukit merah neh
memang saujana mata memandanglah kan. hehe luas dan nyaman je rasa
so aktiviti petang ni ialah nak naik paddle boat kat sini
ala mcm zaman2 naik paddle boat kat mimaland ngan tasik titiwangsa dulu2 lah. haha mcm 80an plak rasanya naik paddle boat neh. btw kat genting pun ader gak rasanya
esok pagi plan nak canoeing plak. so petang ni kita naik paddle boat dululah ya
masa nak ke jetty tuh aku perasan kat tasikneh ada itik2 jinak tengah berenang2 lah. hehe banyak plak tuh. masa aku nak beli tiket pun ader banyak itik2 neh gak.
sekali ada kepala paip gergasi warna emas daaa kat sini. hehe
pulau2 keliling jetty ni diaorang panggil floating island. nampak macam pulau2 buatan je kan. kalau baca kat bawah neh pun pulau2 buatan neh ada sebab nak bagi kawasan tempat tinggal kat itik2 neh la
esok jugak kitaorang plan lepas canoeing nak pegi pulau orang utan kat depan tuh. dengar cerita mk land memang terlibat directly nak conserve orang utan neh.
korang baca je lah sendiri papan tanda kat bawah ni ok ! hehe
nikmatilah keindahan tasik dengan paddle boat ! hehe cam best je kan sign board tuh. sure ke akan menikmati keindahan nanti. haha
lepas dah bayar terus pegi kat hujung nak naik paddle boat. cool je masa neh. haha
sekali masa nak masuk paddle boat tuh aku nampak staff laketown tengah keluarkan air drpd salah satu boat yang ada kat situ. aisey. takkan boat2 kat sini tak selamat kot. haha. ada ke boat2 yang bocor kat sini ? kita saksikanlah aksi seterusnya. haha
semua dah ready !
sempat jugak beli makanan ikan. mana tahu nampak ikan toman ke kan. hehe
sekali masa kat tengah2 tasik tuh. paddle boat kitaorang patah la plak. aisey. potong steam betullah. camner nak berpaddle balik ke jetty ni eh. panik kejap. tapi lepas tuh rileks je sebab nampak gayung biru. air dah start masuk kat dalam boat beb !
sekali check punya check gayung tuh plak bocoq la. dowh tul la ! haha
dah berlubang la plak gayung neh. tapi takpe. still boleh guna sket2 kan. kitaorang pun bertungkus-lumus la keluarkan air drpd boat. sambil berkayuh ke jetty yang berhampiran. ceh ! berpeluh2 siot. penat giler. lenguh2 kaki. ingatkan boleh rileks mind ngan body dok kat tengah2 tasik. sekali kena plak jadi camni. haha
akhirnya sampai gak kat jetty. penat dowh !
penat2 pun sempat bergambar ngan bebola gergasi neh. hehe
nantikan entry seterusnya ya !
2 responses to “Mighty Ducks & Paddle Boat at Bukit Merah Laketown Resort”