hehehehehhe lepas aku post pasal aku dah beli maxis broadband usb mobile kat sini, ramai giler yang tanya macam2, sampai naik pening aku nak menjawabnyer. heheheheheheeh aku rasa sebelum korang beli mana2 broadband services kena check la dulu kan apa tujuan korang berbroadband sebab ianya akan menentukan broadband mana yang korang nak pilih. macam aku aku ada pengalaman pakai streamyx ngan maxis je. celcom tak pernah pakai so takleh nak comment ok
disclaimer – aku bukan staff maxis ok 🙂

ni ada a few tips nak pakai maxis broadband usb modem yg putih tuh
- maxis broadband usb modem neh sesuai untuk mobile user sahaja. kalau korang rasa nak mobile ie kat mana2 boleh surf internet or connected, then boleh pilih this maxis broadband usb modem. memang menyenangkan. usb modem neh sesuai untuk yang selalu travel cam aku. yang selalu ada jer edisi jalan2 carik makan. heheehehe. biasanya kalau aku pergi stay kat mana2 hotel/resort aku kalau boleh nak dok kat tempat yg ada wireless connection. senang aku nak blog and then buat kerja2 pasal sap. bila ada usb modem neh senang la aku nak connected ngan internet kan. so lepas ni tak payah la tanya reception whether that hotel ada broadband ke. or nak susah2 beli kad wireless kat hotel lobby. kad tuh memang la mahal. kekadang ada hotel yang charge sampai rm20 satu jam sahaja. mahal giler kan. aku pernah stay kat mana ntah (tak hengat la plak) dia charge sampai rm50 untuk 3 jam. giler ke apa kan? mahal dowh! kat kl convention centre pun mahal gak. so daripada aku susah2 beli that wireless kad kat lobby hotel. baik la aku pakai je usb modem neh kan. boleh connect bila2 tak perlu risau apa2. hehehheheheh










