Category Archives: berita + dunia

kampung berembang

tragedi di kg berembang. ni dekat mrr2 tu ke eh?

Loading

smart tunnel KL @ discovery channel

inilah yang saya suka berkenaan youtube. hampir kesemua rancangan di astro ada di dalam youtube. anda hanya perlu carinya sahaja. cari pun malas? hampeh la tu.

saya terlepas menonton rancangan smart tunnel di discovery channel astro dahulu. ianya mengisahkan pembinaan smart tunnel di sg besi di kuala lumpur. memang teruja menonton rancangan menguji minda sebegini. banyak ilmu boleh diperolehi melalui discover channel.

wokeylah. sapa2 terlepas episode smart tunnel di discovery channel, click je kat bawah ni ya

Loading

bina kembali kota a famosa ?

wahhhhh satu idea yang bagus. bolehlah kita wujudkan kembali sejarah semasa kesultanan melayu melaka dahulu. tak sabar rasanya nak menunggu kota ini dibina.

A’Famosa to be rebuilt

Interesting find: This figurine head was found at the site.

MALACCA: Portions of the buried ruins of Fortaleza D’Malacca or the mighty A’Famosa fortress built in 1512 will be brought to “life” for the world to see.

About 350m of the buried walls of the fortress will be reconstructed stone by stone to its original dimensions of 8m by 5m, said Commissioner of Heritage Prof Datuk Dr Siti Zuraina Abdul Majid.

She said the completed structure would encompass the city’s 11.3ha heritage site in Bandar Hilir.

“When completed, the fort will be one of the nation’s prominent historical structures and will completely transform Malaysia’s historical landscape. Visitors will literally be able to journey to the past and relive history.”

“It’s a very exciting project for us to be able to reconstruct the wall. Once completed, the fort will be able to impart the historical importance of that era,” she said.

butir kaca keluar di ibu jari kaki?

ini adalah penjelasan yang saya rasa agak menarik dalam utusan baru2 ini. sudah tiba masanya kita mengagungkan penciptaan saintis islam dahulu kala dan berusaha mewujudkan kegemilangan tersebut kembali kan

anda seorang saintis?

sumber – utusan malaysia

Ibnu Sina perjelas kaca dalam tubuh

KEJADIAN menimpa Siti Suhana Saadon, 23, yang terpaksa menanggung derita berikutan pengeluaran butiran kaca dari ibu jari kaki kiri seperti disiarkan media massa baru-baru ini menarik perhatian saya untuk membuat ulasan lanjut.

 

Kejadian itu sememangnya pelik kerana jarang berlaku sehingga ada mendakwa ia berkaitan dengan kes buatan orang, namun kes seperti itu bukanlah tidak pernah berlaku malah terjadi sejak zaman Ibnu Sina lagi.

Menurut Ibnu Sina dalam buku beliau al-Qanun Fi al-Tibb, jenis cecair atau bendalir di dalam tubuh badan atau diistilahkan beliau sebagai ‘akhlat’ atau humor terbahagi kepada empat kumpulan iaitu humor darah, hempedu kuning, hempedu hitam dan kahak.

Setiap humor terbahagi kepada beberapa kategori. Bagaimanapun, tumpuan saya hanyalah kepada humor kahak kerana ia berkaitan kes Siti Suhana.

Menurut Ibnu Sina, humor kahak seperti juga humor lain, terhasil menerusi pembakaran zat makanan di dalam hati. Humor ini terbahagi kepada dua kategori iaitu tabiii dan bukan tabiii.

smart tunnel akan dibuka mac 2007 !

wahhhhhh saya sungguh teruja untuk memandu di terowong pintar aka smart tunnel ini. memang besar. dengar khabarnya boleh memendekkan masa 30 minit kepada 5 minit dari sg besi ke kl.

ianya juga boleh mengelakkan banjir kilat di kl!

fuhhhhhhhhh menarik kan?

bacalah berita ini daripada utusan

Terowong SMART dibuka Mac

Oleh ZABRY MOHAMAD

CANGGIH… Beberapa kenderaan digunakan bagi menguji laluan dalam Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) sepanjang empat kilometer di Kuala Lumpur, semalam. Terowong dwifungsi yang dijangka dibuka kepada lalu lintas akhir Mac ini, akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas serta mengatasi banjir kilat di ibu negara menerusi laluan air di bahagian bawah terowong itu. – Bernama.


KUALA LUMPUR 29 Jan. – Jalan terowong bawah tanah atau juga dikenali sebagai terowong SMART bernilai RM1.9 bilion akan dibuka kepada kenderaan penghujung Mac ini, sekali gus menyediakan laluan alternatif kepada 200,000 pengguna jalan raya.

Laluan kira-kira empat kilometer itu bakal memendekkan masa perjalanan kepada lima minit dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sungai Besi menuju ke Bulatan Kampung Pandan di sini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, ia akan dibuka kepada orang ramai secara percuma selama sebulan sebelum bayaran tol yang ditentukan Kabinet, dikuatkuasakan.