Category Archives: berita + dunia

penang hit by power failure ?

this is nightmare

November 21, 2007 00:18 AM

Penang Hit By Power Failure

PENANG, Nov 20 (Bernama) — Almost half of the island of Penang was hit by a power failure for about an hour this afternoon, caused by a trip at the main feeder substation in Juru on the mainland.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) said in a statement in Kuala Lumpur tonight that the blackout occurred in Georgetown, Farlim, Sungai Pinang, Bayan Lepas, Bayan Baru and Balik Pulau at 3.17pm. Power was restored at 4.24pm.

A check by Bernama found many traders at several shopping malls in Georgetown continuing with their business in candle light. Several others closed their business for fear of losing their goods to looters.

A large number of civil servants working at Menara Komtar gathered at the grounds of the building and firemen rushed there to ensure no one was trapped in the lifts.

The state assembly session was postponed to tomorrow morning following the power outage. The blackout hit during a heated debate on the Penang Global City Center (PGCC) between Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon and Opposition Leader Phee boon Poh (DAP-Sungai Puyu).

banjir besar dijangka di 4 negeri ?

moga2 dijauhkan la banjr2 sebegini kan.

banjir kat johor hari tuh pun belum lagi pulih rasanya

Banjir besar dijangka di 4 negeri

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Pergerakan angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat yang melebihi paras biasa dijangka menyebabkan banjir besar di empat negeri di Semenanjung dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Timbalan Pengarah Ramalan, Jabatan Meteorologi, Che Gayah Ismail berkata, jabatan itu meramalkan beberapa kawasan di pesisir pantai dan pedalaman Kelantan serta Terengganu akan menerima taburan hujan bulanan paling tinggi iaitu antara 500 milimeter (mm) hingga 1,000mm dalam tempoh itu.

Menurutnya, jumlah taburan hujan itu dijangka melebihi paras normal bulanan antara 70mm hingga 80mm bagi kawasan tanah rendah.

Loading

Landasan berkembar Seremban-Gemas 2008 ?

apsal la lambat sangat nak buat landasan eh?

Landasan berkembar Seremban-Gemas 2008

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Indian Railway Construction Co. (Ircon) dijangka memulakan kerja pembinaan projek kereta api landasan berkembar antara Seremban dan Gemas menjelang suku pertama tahun depan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, Ircon yang merupakan milik negara India menerima jemputan kerajaan Malaysia untuk melaksanakan projek itu empat bulan lepas dan kini sedang memperincikan reka bentuk dan kos dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

“Kami sedang memuktamadkan perinciannya. Anda boleh menjangka kerja akan dimulakan menjelang suku pertama tahun depan.

“Saya meminta para pegawai kementerian saya dan EPU untuk menyemak perinciannya,” katanya.

Projek itu ditangguhkan pada akhir 2003 sebagai sebahagian langkah kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet nasional. Ircon telah membida projek itu dan surat hasrat telah dikeluarkan dalam 2001.

Loading

Selangor perkenal VSS, bersara awal ganti anugerah penyapu ?

mari kita sama tunggu perlaksanaannya tahun depan okey! hehehehe 🙂

Selangor perkenal VSS, bersara awal ganti anugerah penyapu

Oleh Norhana Salashar Basharuddin

KAJANG 16 Nov. – Kerajaan negeri Selangor tidak akan memberi penyapu lagi sebagai anugerah kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal menperoleh tahap pencapaian minimum pada tahun hadapan, sebaliknya akan mengarahkan para pegawai atasan PBT berkenaan melepaskan jawatan masing-masing.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, kerajaan akan mengarahkan mana-mana pegawai atasan di PBT yang didapati gagal meningkatkan prestasi supaya bersara awal atau mengambil Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).

‘‘Kita sudah letih memberi amaran, teguran dan cadangan kepada semua PBT. Kali ini tindakan yang lebih tegas akan dikenakan terhadap mereka.

‘‘Mana-mana PBT yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun hadapan, pegawai atasannya akan diminta meninggalkan pejabat,’’ katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini hari ini.

Loading

bersih @ 101 east al-jazeera interview @ astro ch 513

watch these interviews fellas!

Bersih – from 101 East AlJazeera (part 1/4)

Bersih – from 101 East AlJazeera (part 2/4)

Bersih – from 101 East AlJazeera (part 3/4)

Bersih – from 101 East AlJazeera (part 4/4)

Loading