Category Archives: bencana + alam

Pictures of Undersea Eruptions Near Tonga – By Boston.com Bic Picture Section !

aku malas la nak letak gambar boston.com kat sini

korang click je lah kat sini ok

memang superb lah team big picture kat boston. com neh kan

siap pergi dekat dengan eruptions tuh nak amik gambar

memang mengagumkan tengok gambar2 ledakan gunung berapi dasar laut tuh

jaws dropping kejap ok

Loading

Earth Hour 2009 – It’s As Simple As A Flick Of The Switch !

wokay korang pernah dengar ke pasal earth hour 2009 ?

x pernah ?

dok kat gua ke haper ? haha

– – – – –

cuba click kat youtube atas or click sini kalau nak tahu lebih lanjut

earth hour 2009 neh lebih kurang nak jimatkan penggunaan energy la kat dunia neh

semua orang akan offkan mana2 lampu or electrical devices yang tak guna

bagus kan usaha camni

so sapa2 yang rasa selalu online 24 jam tuh make sure offline kejap lah

ala pergi lah minum2 ke

berenang dalam pool kejap ke

bitching2 ngan jiran2 tetangga

or rileks2 kat rumah sambil tengok bulan bintang pun orait jugak kan

source here

Air Laut Bertukar Ke Warna Merah Di Pulau Pangkor / Lumut !

pagi tadi aku ada dengar pasal berita neh kat hot.fm

x sempat nak baca paper online

perghhhhh macam mana boleh jadi camni eh ?

ni mesti ada kaitan dengan terumbu karang warna merah yg dah mati secara mengejut neh kan

kalau sapa2 yang selalu snorkelling or scuba diving mesti perasan yang banyak terumbu karang warna dia memang kemerahan dan garang sket

ke ada kaitan dengan kerang ? hehe

mandai2 je aku kan…. hehe

PULAU PANGKOR – Permandangan Pulau Pangkor yang cantik terganggu apabila air laut di sini bertukar warna kemerah-merahan.

Kejadian itu sudah berlaku sejak sebulan lalu dan ia menjadi semakin teruk minggu lepas.

Perubahan air laut daripada kebiru-biruan kepada warna merah itu mengejutkan kira-kira 2,000 nelayan di sekitar Pulau Pangkor, Kampung Baharu dan Segari di sini.

Pulau Pangkor yang mempunyai 25,000 orang penduduk menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Dianggarkan seramai 10,000 orang mengunjungi pulau itu setiap bulan.



Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Pinang Besar di sini, Roslan Ahmad berkata, senario aneh itu telah menjejaskan hasil tangkapan ikan khususnya nelayan pesisir pantai.

Latest Report – “14 More Hillside Areas at Risk of Landslides” ! Termasuk Taman Melawati Dowh….

kerajaan negeri selangor dah keluarkan statement semalam

14 kawasan ada risiko untuk terjadi tanah runtuh !

dan termasuklah rumah aku. huuuaaaaaa

aku tengok area taman melawati neh memang dah lama berisiko

keliling rumaha ku neh dah banyak sangat development kat hillslopes

ada 20 trees lah, ada bukit melawati, ada exclusive 17 bungalows, ada amber hill, ada riverview villa.. dan macam2 lagi development.

agaknyer lepas kejadian tanah runtuh kat hill view ngan kg pasir (highland towers apatah lagi) diaorang buat derk je ke selama neh eh ?

dah runtuh kat bkt antarabangsa barulah nak terkial2 amenda law sana amend law sini

cukup hampeh !

dah la kat area rumah aku neh ada empangan klang gate !

nantilah aku snap a few pics pasal taman melawati yang sempat aku amik masa 2003

masa tuh banyak lagi kawasan yang menghijau rasanya. hehe

Loading

Taufan Ike Mula Melanda Texas Dengan Kelajuan Angin = 178km/j !

taufan ike melanda texas, ramai yang melarikan diri

perghhhh laju tuh kan

bersyukur la kita sebab negara kita terletak di luar area typhonn camni

kalau tak aku tak tahu la camner.

tengok semua orang melarikan diri ikut highway kat texas

kalau kat malaysia neh jawabnyer sesak giler ah plus highway tuh

silap2 boleh masuk malaysian book of records as kawasan parking terpanjang kan! hehe

Penduduk lari dari Texas


KESESAKAN berlaku di Lebuh Raya 45 apabila penduduk bergegas meninggalkan Houston ketika Taufan Ike semakin menghampiri Teluk Texas semalam.

Taufan Ike dijangka bawa angin 178 kilometer sejam hari ini

TEXAS: Ratusan ribu penduduk menjauhkan diri dari kawasan tepi pantai yang menjadi laluan Taufan Ike, kelmarin ketika bencana alam itu dijangka melanda Pantai Teluk Texas dan mengancam kawasan sekitar Houston.

Pusat Taufan Kebangsaan berkata Taufan Ike berada pada tahap bahaya Kategori Dua iaitu dengan kelajuan angin 160 kilometer sejam dijangka tiba di tepi pantai itu selewat-lewatnya hari ini dan ia berpotensi bertukar menjadi Kategori Tiga dengan angin berkelajuan lebih 178 kilometer sejam.

more here

Loading