aisey dah makin menular la plak h1n1 neh kan
dah masuk ke dalam sekolah. so far dah ada 2 sekolah yang kena tutup
aku rasa kalau ada kes better tutup je terus. senang cerita
bebudak pun jangan lah nak seronok sangat
kenalah belajar sendiri. udpate blog ke. hehe 🙂
mcm mana la diaorang sterilise sekolah2 tuh kan.
so parents semua ! take note. better quarantine anak2 korang kat rumah je la buat masa neh
jgn nak sibuk tengok transformers 24hb neh plak ok. hehe 🙂
– – – – – –
sumber di sini tau
PUTRAJAYA 21 Jun – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur menjadi premis pertama di negara ini ditutup selama seminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit selesema babi atau Influenza A (H1N1).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut penting bagi mengelakkan penyakit itu menjadi satu wabak yang sukar dikawal pada masa depan.
Menurutnya, ia juga sejajar dengan protokol yang telah ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak Influenza A (H1N1) pada 18 Jun lalu.

