aisey camner la perkara2 mcm neh boleh berlaku kat malaysia neh kan
aku rasa punya lah comel anugerah Allah yang ini
takkan la tergamak nak sorok dalam laci adjer kan
bagi air suam plak tuh. aisey !
sumber – berita harian
KANGAR: Seorang pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis tergamam apabila menemui bayi perempuan, dipercayai baru lahir, menangis kelaparan dalam laci almari pembantu rumahnya di Taman Fauziah di sini, pagi semalam.
Pegawai berusia lingkungan 30-an itu juga terkejut apabila pembantu rumahnya memaklumkan bayi yang sudah tertanggal tali pusat itu sudah tiga hari disorokkan dalam laci berkenaan.
Pembantu rumah itu mengakui bayi yang dianggarkan berusia kurang seminggu, hanya diberi minum air suam sepanjang tiga hari berada di bawah jagaannya, bagi mengelaknya menangis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, berkata berdasarkan maklumat, bayi berkenaan ditemui pembantu rumah berusia lingkungan 20-an itu, kira-kira jam 6 pagi Jumaat lalu berhampiran tong sampah berdekatan rumah pegawai polis terbabit.
“Pembantu rumah itu membawanya pulang ke rumah majikan. Bayi itu disembunyikan dalam bilik dan hampir sepanjang hari disorok dalam laci almari bilik tidurnya untuk mengelak daripada disedari majikannya.
“Rahsianya terbongkar apabila bayi yang kelaparan itu ditemui pegawai saya selepas mendengar suara tangisan bayi yang kuat dari dalam bilik tidur pembantu rumahnya. Bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk pemeriksaan. Keadaannya stabil tetapi kelaparan kerana hanya diberi minum air suam selama tiga hari,” katanya.
Yusof berkata, polis akan mengambil keterangan pembantu rumah itu bagi mengesahkan bayi terbabit benar-benar ditemuinya.
“Kita sudah menghantar pembantu rumah itu ke HTF untuk pemeriksaan lanjut dan masih menunggu laporan hospital untuk mengesahkan sama ada bayi berkenaan benar-benar ditemui dan bukan dilahirkannya sendiri,” katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi talian Rakan Cop Perlis di talian 04-9711999 untuk membantu siasatan.
14 responses to “Bayi Disorok 3 Hari Dalam Laci ?”