[5 Photos] Pemandangan Menara Eiffel (Tour Eiffel) Di Depan Mata | #JJCMPaghis | Autumn 2013 | Paris, France

Percutian singkat di Paris, France. Memang singkat sebab dalam 5 hari 4 malam sahaja. Dengan pesawat MH20 Penerbangan Malaysia, kami tiba di Paris jam 6.45 pagi. Hotel memang berdekatan dengan Menara Eiffel (Tour Eiffel). Hanya perlu berjalan kaki sahaja ke Menara Eiffel dan taman di Champ de Mars (di bawahnya). Jadi setiap harilah layan pemandangan sebegini. Memang untung 🙂

Apa-apa pun kita layan dulu gambar-gambar Menara Eiffel yang ramai kagumi ini.

Kelihatan Menara Eiffel dari kejauhan melalui tingkap bilik di Hotel Pullman (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Gambar-gambar ni semua memamg SOOC atau Straight Out of the Camera. Malas saya nak edit bagai. Nak buka Photoshop pun sungguh malas semenjak dua menjak ni. Rasa macam lagi best kalau disajikan dengan gambar-gambar tanpa edit kan. Setuju ?

Paris sememangnya dikenali dengan City of Love dan City of Fashion. Bandarnya agak bersih dan nyaman (ketika Musim Luruh). Cuaca agak dingin ketika kami sampai di sini. Rasanya dah macam musim sejuk. Setiap hari kena pakai jaket ke mana-mana. jaket hanya akan dibuka ketika memasuki kedai sahaja.

Cantik juga sebenarnya Menara Eiffel ketika saat matahari terbenam. Hari ni hujan. Maaf. Tiada pemandangan warna oren matahari terbenam (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Menara Eiffel pada saya takdelah cantik mana di waktu siang. Hanya besi buruk sahaja. namun pada waktu malam, dengan sedikit efek cahaya, nampak cantik pula. Pandai mereka menyemarakkan menara ini dengan cahaya. Di antara menara yang paling ramai pengunjung di dunia. Semua orang mengimpikan untuk sampai ke menara yang dibina oleh Gustavo Eiffel ini. Menara ini adalah mercutanda yang tertinggi di Paris. Saya perasan kesemua bangunan di sekelilingnya dibina lagi rendah daripada menara ini. Idea yang bijak kerana menara ini akan boleh dilihat walaupun dari kejauhan.

Tepat jam 8 malam akan ada persembahan cahaya lampu lip lap mengerlip di Menara Eiffel selama 5 minit. memang cantik. Nanti saya upload videonya (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Bila layan slow shutter, terus langit jadi warna merah. Bukan senja nan merah ya. Ni dalam jam 9 malam gitu. Tapi cantik juga dengan langit ala-ala kemerahanan kan ? (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Saya dan isteri juga berkesempatan untuk naik ke kawasan tingkat paling atas Menara Eiffel ini. Itupun setelah menunggu pada hari ke-tiga. Manusia memang tak payah cakap la, sungguh ramai. Beratur dai jam 7.30 pagi. Kaunter tiket hanya akan dibuka pada jam 9.00 pagi. Hidup di Paris ni memang sepanjang masa kena beratur agaknya. hehe 🙂

Beginilah rupanya Eiffel Tower dengan Light Show nya. Memang glittering dan begemerlapan. Cantik persembahannya. Tiada muzika. Hanya logika (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

 

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.