Monthly Archives: March 2012

Kibas Bakar Harum Semerbak, Dikenali Juga Sebagai Dumba | Islamabad, Pakistan

Live Update: 13 Mar ’12, 11.09am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Penulis sempat menghadiri majlis aqiqah cahayamata kedua rakan penulis di Islamabad Ahad lepas. Hidangan utama pastilah kibas atau dumba bakar. Memang sedap sebab dumba ni baru sahaja disembelih. Daging yang segar diletak sedikit garam dan dibakar di atas bara memang mengancam seluruh jiwa. Berasap-asap lagi memenuhi ruang lingkup udara kediaman rakan penulis ini.

Dumba ni sejenis kambing biri-biri yang berbontot besar, berlemak. Ketika dibakar lemak tersebut akan menjadi minyak dan diletakkan sedikit di atas daging yang dibakar. Memang sedap! Jemput makan yo!

Loading

Masa Untuk Menanam Pelbagai Jenis Bunga | Musim Bunga Telah Tiba | Islamabad, Pakistan

Live Update: 13 Mar ’12, 8.53am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Nampaknya musim bunga berkunjung lagi ke bumi Islamabad. Di sini setiap 3 bulan kena tukar bunga di laman, kena ikut kesesuaian cuaca dan ketika. Di sini ada empat musim dan kesemuanya berlainan bunganya. Jenuh juga nak kena tukar bunga setiap tiga bulan ni. Penulis pun tidak tahu akan nama bunga di atas, kena tanya pakar bunga di kedai bunga la nanti. Sekali pandang macam bunga kemuncup pun ada kan!

Loading

Bunga Pokok Aprikot Yang Memutih, Mengelilingi Ladang Gandum | Laman Peribadi, Peshawar Mor | Islamabad, Pakistan

Live Update: 10 Mar ’12, 9.31pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Jika tadi kita menikmati keindahan bunga pokok peach, kali ini mari kita tengok bunga pokok aprikot pula. Warna bunganya putih seakan bunga pokok epal hijau dan pear Pakistan di depan rumah penulis. Ladang gandum ini dipenuhi dengan bunga-bunga putih ini pada musim bunga. Bunganya akan hilang sebaik sahaja dedaunan mula banyak nanti. Pernah makan buah aprikot segar?

Loading

Musim Bunga Datang Lagi & Penulis Terlepas Menikmati Keindahan Bunga-Bunga Pokok Peach Merah Jambu Ini | Laman Peribadi, Peshawar Mor | Islamabad, Pakistan

Live Update: 10 Mar ’12, 9.26pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Mahupun telah 2 tahun penulis berada di bumi Islamabad, barulah penulis tahu yang di Islamabad terdapat ladang Pokok peach dan apricot. Kedua-dua pokok ini biasanya akan mengeluarkan bunga-bunga yang sungguh cantik. Bunganya bak bunga sakura di Jepun! Namun musim bunga peach telah sampai ke penghujungnya. Jika tidak penuh satu pokok ini dengan bunga-bunga peach yang berwarna merah jambu ini.

Loading

Hujan Petanda Berakhirnya Musim Sejuk, Selamat Datang Musim Bunga! | Islamabad, Pakistan

Live Update: 6 Mar ’12, 3.29pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Sungguh lebat hujan di Islamabad hujung minggu lepas. Sudah lama rasanya penulis tidak menikmati keindahan suasana ketika hujan lebat sebegini. Memang best. Musim bunga datang lagi. Selepas itu akan muncul musim panas yang membahang, sehingga 48’c panasnya 🙂

Loading