Monthly Archives: March 2012

Kari Kepala Ikan Merah Kaw2 Punya | Islamabad, Pakistan

Live Update: 18 Mar ’12, 10.08am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Di Pakistan ni, terutamanya di Islamabad memang susah nak dapat makanan laut yang segar. Di Islamabad pun ada satu sahaja kedai yang menjual hasil laut. Terletak di Rana Market, tidak jauh dari rumah penulis. Rata-rata rakyat Pakistan tidak makan kepala ikan, hatta kepala ikan merah sekalipun. Kepala ikan memang murah di sini. Anda boleh dapat kepala ikan dengan harga kurang Rs.30 rupees sekepala. Memang murah. Dan inilah hasilnya dengan kepala ikan merah tersebut. Kari kepala ikan merah yang pedas berapi, khas untuk makan tengah hari ini. Jemput makan!

Loading

Dah Lama Tak Shoot Macro Macam Ni | iPhoneography Adventure Trail | Islamabad, Pakistan

Live Update: 15 Mar ’12, 10.19pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Dah lama pula tak tangkap gambar ala2 makro sebegini. Tadi sempat download apps iPhoto, not bad juga apps nya kali ini. Tapi camera+ masih lagi terbaek sebab senang nak guna dan mudah. iPhoto macam agak kompleks walaupun tak sekompleks Photoshop apps kan. Tapi best juga main2 dengan apps ni. Tengok kat instagram pun banyak gambar yang lawa2 kat sana, walaupun pakai iPhone je kan. hehe 🙂

Loading

Pokok Bunga Ros Akan Menyerang Pada Musim Panas Nanti | Islamabad, Pakistan

Live Update: 15 Mar ’12, 8.29am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Nampaknya kesemua pokok-pokok bunga ros ni dah mula bertunas dan akan berbunga dengan banyak sekali pada musim panas nanti. Di sini bunga ros atau mawar memang berbunga hanya setahun sekali. Tidak seperti di Malaysia yang berbunga sepanjang tahun. Tak sabar rasanya nak menikmati keindahan suasana kemerahan bunga ros di taman nanti.

Loading

Salad Segar Bugar Di Laman Sendiri | Islamabad, Pakistan

Live Update: 14 Mar ’12, 8.44am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Di Islamabad ni tanah dia memang subur. Lihatlah sahaja kepada sayuran salad di laman di atas. Sungguh segar bugar memang terbaek dari ladang! Salad ini mula ditanam akhir musim dingin dan mula dipetik pada musim bunga. Selain salad antara tanaman yang sesuai ditanam ialah daun sup, terung, okra atau bendi dan bermacam sayuran lain. Penulis ada juga cuba menanam cili padi. Namun nampaknya cili padi di laman umpama hidup segan mati tak mau sahaja. Kena tanam kembali di musim bunga kali ini.

Loading

Sakura Blossom @ Apricot Flowers | Spring Is In The Air | Bhurban, Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Tetiba terasa macam mahu ke PC Hotel Bhurban untuk menikmati keindahan bunga-bunga pokok aprikot yang sedang berkembang mekar berwarna putih. Setelah dua tahun penulis di sini, barulah penulis ketahui akan kewujudan pokok aprikot, ceri dan epal di hotel di Bhurban ini. Memang berlambak-lambak pokok epal di perkarangan tempat letak kereta di PC Bhurban.

Pokok ceri memang betul-betul di tengah-tengah perkarangan tempat letak kereta mereka. Tidak perlu ke Lembah Hunza, Skardu mahupun di Utara Pakistan kerana hanya kurang dua jam perjalanan, anda boleh menikmati keindahan bunga-bunga bak “sakura” di Bhurban. 🙂

Loading