Monthly Archives: November 2011

Dedaunan Pepohon Yang Gugur Ke Bumi | Warna Warni Musim Luruh Yang Memikat Hati | Marvi Rd, Jinnah Super | Islamabad, Pakistan

Live Update: 26 Nov ’11, 11.49am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

alangkah bahagianya rasa hati tatkala melihat keindahan ciptaan ilahi yang sebegini
bangun sahaja dari tidur, terus terasa nak merakamkan keindahan musim luruh
tahun lepas tak sempat nak merakamkan detik2 indah dedaunan musim luruh ini
mungkin terlalu sibuk atau mungkin tidak berkesempatan menjengok alam yang indah
namun kesempatan pada tahun ini tidak akan dilepaskan. dedaunan ini hanya permulaan!

Loading

Cuaca Hari Ni Macam Best Je Kan | Jinnah Avenue, Islamabad, Pakistan

Live Update: 25 Nov ’11, 4.55pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

siap ada iklan lagi kat kereta mamat ni. memang tengah khusyuk texting tu rasanya kan hehe
apa2 pun cuaca hari ni memang best la. best kalau nak buat photowalk hari ni kan
tapi dari kejauhan tadi macam tak nampak la plak margalla hills, macam akan fog tebal je ni

Loading

Puas Hati Dapat Layan Autumn Leaves Kali Ni | Islamabad, Pakistan

Live Update: 25 Nov ’11, 3.53pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

wahhhhh best je kan bangun pagi terus dapat snap sana snap sini gambar autumn leaves
ni daun pokok anggur. tahun lepas pun ada cuma aku je tak sempat nak snap gambar depa ni
aku suka pada nature. kadang2 kita terlepas pandang keindahan depan mata kita kan
best layan autumn season kali ni. lepas ni kena plak layan musim sejuk yang mencengkam hehe 🙂

Loading

Texting Mania | Sukkur, Sindh Province, Pakistan

Live Update: 23 Nov ’11, 3.20pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

tudiaaaaa naaaaa sampai dok kat atas bas pun kemain galak lagi dia dok sms aweks dia tuh hehe
ni pemandangan biasa di kawasan luar islamabad. harga tiket lebih kurang sama je dok atas tuh
cuma bahaya sket la kan. bahaya bagi kita tapi mungkin tak bahaya pada depa ni kot la kan

Loading

Ladang Pokok Kurma Di Sepanjang Jalan | Sukkur, Sindh Province, Pakistan

Live Update: 23 Nov ’11, 3.00pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

kalau kita memandu dari lapangan terbang sukkur ke rahimyar khan, inilah pemandangannya
begitu banyak pokok2 kurma yang ditanam di tepi2 jalan, daun2 sungguh berdebu dan kotor
namun di sinilah tempatnya kurma sindh dihasilkan untuk pasaran tempatan sepanjang tahun

Loading