musim dingin 2010/2011 kali ini dilalui dengan sedih sekali. manakan tidak, kami warga malaysia di islamabad dan karachi dikejutkan dengan pemergian 2 warga malaysia, hanya berselang 2 minggu sahaja masanya. kedua-duanya meninggal dunia ketika saya masih bercuti dan berada di malaysia untuk persiapan majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi. memandangkan saya tidak akan balik lagi ke bumi bertuah malaysia selepas ini, maka masa cuti 2 minggu diperuntukkan untuk menyelesaikan segala perihal majlis perkahwinan saya. sedih sekali tatkala sedang sibuk membuat persiapan, saya dikejukan dengan panggilan telefon dan sms dari islamabad/karachi memberitahu akan perginya warga malaysia sahabat saya di sana.
saya baru kenal kedua-duanya dalam kurang setahun yang lalu. allahyarham pak akob (karachi) dan allahyarham azhar (islamabad) begitu sinonim dengan saya. masakan tidak, kami sama2 menghabiskan masa bersama2 warga malaysia di pakistan. gerimis pun reda, angin syahdu, bawa berita kau telah tiada lagi, pulang ke hadratnya. kini hanya tinggal kenangan sahaja untuk kami warga malaysia di islamabad/karachi.