Monthly Archives: July 2010

Dari Jasin ke Islamabad – Sayonara Kuala Lumpur, Moga Ketemu Lagi & Penerbangan Thai Airways KUL-BKK-ISB !

hari tu ada siapa ntah meminta aku untuk mencoretkan pengalaman aku setibanya di bumi islamabad, pakistan. ya benar. aku terlupa barangkali untuk mencatatkan pengalaman setibanya aku di islamabad ini. sibuk agaknya masa sampai dahulu. tapi jangan risau, kerana kesemuanya masih di benak fikiranku lagi. harap-harap catatan dan coretan pengalaman ini boleh dijadikan sandaran dan pengajaran buat semua pembaca blog ini.

21 Oktober 2009 | 10.00 pagi | Ruang Berlepas, KLIA

Pagi itu kami sekeluarga sampai awal ke KLIA. Setelah memberikan kunci kereta kepada bapaku, kami semua bergegas ke Food Court KLIA untuk bersarapan dahulu sebelum check-in. Roti canai dan kuah dal bersama sambal ikan bilis menjadi hidangan. Entah kenapa aku rasa macam tasteless sahaja sarapan pada pagi tersebut. Mungkin kerana aku akan berpisah dengan tanahair tercinta agaknya. Ayah leka membaca suratkhabar sambil menghirup kopi panas. Aku sibuk memeriksa butiran pada tiket, passport dan juga surat menyurat di dalam beg sandangku. Air teh tarik dihirup dengan pantas, panas pula teh tarik ni.

Kaki melangkah berat ke ruang berlepas di tingkat 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA. Bukan kali pertama aku singgah di sini, dah banyak kali, namun kedatanganku kali ini lebih kepada duka daripada gembira. Aku membawa sendiri kenderaan adikku, ditemani dengan ayah, mama dan adik bongsuku ke KLIA. Tidak pernah terlintas di hatiku yang ini adalah kali terakhir aku akan memandu dengan aman di tanahair sendiri.

Khanpur Dam Yang Mengering Pada Musim Panas 2010

Live Update: 12 Jul ’10, 11.35am PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

inilah dia khanpur dam di wilayah khyber pakhtunkhwa
saya pernah ke sini pada musim winter dahulu
airnya masih ditakuk sama, malah parasnya makin teruk
sumber air amat terhad di sini, winter mahupun summer
kalau ada peluang ingin juga menaiki boat di sini nanti

Loading

Joget Kenangan Manis – Allahyarham Sudirman Hj Arshad

riang gembira ke lagu ni kan.

sedap layan petang2 mcm ni kan. hehe 🙂

– – – – – —

Riuh kicau unggas rimba
Langit biru kala senja
Kini engkau jauh dari mata
Hatiku merindu tiap masa

Pagi hari pergi pekan
Pakai baju bunga-bunga
Bila hati sedang kesepian
Ku tulis untuk mu surat cinta

Memanglah hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama

Padamu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulang segera kepada ku

Loading

Pokok Yang Akan Bertukar Warna Masa Autumn Nanti, Betul2 Dok Kat Depan Rumah Aku Je Ni

Live Update: 12 Jul ’10, 11.29am PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

aku suka giler ngan pokok ni, bukannya sebab apa
sebab dia dok depan rumah aku jer dan lawa giler
lagi lawa masa autumn nanti sebab kaler akan bertukar
tahun lepas aku x sempat nak snap banyak gambar
siap la tahun ni aku belasah banyak2 gambar autumn nanti

Loading

Berlambak2 Siot Aku Dah Terbeli Buku Kat Islamabad Ni, Belum Setahun Lagi Ni Dowh Haha

Live Update: 12 Jul ’10, 11.27am PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

ntah kenapa kemaruk nak membeli buku plak kat sini
mmg murah la compared ngan malaysia kan
tuh yg sampai terbeli hardcover terus tuh hehe
saja jer nak kill time di masa senggang kan hehe

Loading