Monthly Archives: June 2010

Sungai Mengalir Deras Di Sebelah Hotel Fairyland at Malakhandi, Khagan Valley

Live Update: 4 Jun ’10, 8.28pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

hari tu masa aku post pasal hotel fairyland ni ada yg tanya pasal
gambar hotel sebelah sungai
ni aku snap gambar bangunan hotel yang betul2 sebelah sungai
mmg sungai ni tengah mengalir deras masa ni ok
sejuk je air dia, air daripada salji yang mencair kat northern pakistan
mmg recommended la kalau nak dok kat sini kat malakhandi kaghan valley
aku akan singgah lagi la ke hotel ni lain kali ok hehe

Loading

Perencah Goreng Oleh Nona Malaysia di Pasaraya Best Price, Islamabad

Live Update: 4 Jun ’10, 7.09pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

teruja ok bila perasan yang perencah or tepung ayam goreng ni buatan malaysia hehe
aku mula2 tuh x perasan, sekali lepas belek2 nampak perkataan nona
ni sure buatan malaysia ni kan
penuh satu rak produk nona ni sahaja
aku beli sebab ada tepung goreng ayam yg pedas tuh hehe
gua kalau tak makan pedas mmg tak leh hidup la. kalau ada cili padi lagi la ngam
tak sabar nak memasak kat dapur ni ok

Loading

Salam Jumaat – Hari Jumaat Yang Penuh Debaran Ditempuhi Setiap Minggu Dengan Langkah Berhati2

Live Update: 4 Jun ’10, 6.46pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

semenjak incident pengeboman dan serangan militant di lahore minggu
lepas, aku dah fobia nak solat jumaat di lahore
bukan sekali aku kena, tapi dua kali aku hampir dengan kawasan malang tidak berbau tersebut
begitulah kehidupan di pakistan, nyawa manusia amat murah di sini
berat mata memandang, berat lagi perasaan rakyat malaysia di sini
kami perlu sentiasa berhati2 dan alert dengan suasana sekitar
silap langkah buruk padahnya di sini

Loading

Berhati-hati Jika Mahu Menghulurkan Derma Kepada Kanak-Kanak Di Khagan Valley

Live Update: 4 Jun ’10, 12.51pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

sepanjang jalan di naran dan kaghan valley kita akan ketemu dengan kanak2 ini
rupa mereka comot namun hati mereka bersih
setiap kali saya ketemu dengan mereka, pasti saya akan memberhentikan kereta
saya akan memberikan sedikit wang kepada pemandu untuk diagihkan kepada mereka
jangan sesekali membuka dompet di hadapan mereka
mereka agak agresif tapi berhati mulia
puas betul bila tengok wajah kegirangan mereka selepas menerima wang yang tidak seberapa daripada saya
bersedekahlah selagi termampu
hidup kita cukop singkat
bahagiakanlah mereka
kelak kita juga akan bahagia di sana. amin

Loading

Dapur Roti Naan Yang Klasik Depan Hotel di Naran Pakistan

Live Update: 3 Jun ’10, 7.05pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

masa aku turun dari tasik saiful muluk, naan la yg memula aju cari
lapar siot masa tu ok hehe
seb baik la depan hotel kat naran ada roti naan fresh daripada dapur
arang lagi gitu
makan plak ngan chicken tikka kan pergghhhhhhhh
hehe aku sampai je dapur nak nengok roti naan
kat sini biasanya roti naan buat kat belakang
chicken tikka biasa nya kat depan kedai ok hehe

Loading