Arus deras merobohkan jambatan Sungai Semberong yang terletak berhampiran Kampung Sri Cahaya mengakibatkan hubungan jalan raya di antara Kluang dan Mersing terputus akibat banjir yang melanda daerah Kluang, Johor, semalam. –
saksikan lah gambar2 banjir yang melanda bandar kluang johor. sungguh hiba menyaksikannya 🙁
gambar di bawah ni di hadapan hotel prime city di kluang. aku pernah stay kat hotel ni dulu.
silalah lawati fotopages sirloin skipper untuk gambar2 banjir di kluang yang lebih banyak. semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi ujian Allah pada kali ini ya.
gelombang banjir kedua melanda johor dan semenanjung tanah melayu atau malaysia. itulah ketentuan ilahi.
namun pada saya bahana banjir adalah kerana tangan2 manusia jua. siapa suruh kita tarah bukit dan kawasan tadahan hujan? mengalirlah air dengan laju dari gunung ke laut. bila longkang tidak dapat menampung, banjirlah akibatnya.
namun takziah diucapkan kepada mangsa banjir yang telah mencecah 100,000 orang di seluruh negara. semoga tabah menghadapi qada’ dan qadar ini.
betul ke yakjuj makjuj orang asia? marilah kita membaca artikel agama di bawah oleh seorang ustaz yang selalu memberikan tazkirah minggunan di surau menara tm, kl. makhluk ganas ini akan wujud ketika kiamat makin hampir nanti. bertaubat daripada sekarang.