[10 Photos] Breakfast Session With Zamir | Spring 2014 | iPhoneography | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Islamabad, Pakistan

Saya sering berkunjung ke Mocca Cafe yang terletak di Kohsar Market F-6/3 ini. Selalunya hujung minggu. Memang dah tak tahu nak buat apa di hujung minggu, terpaksalah singgah ke Kohsar Market. Mocca Cafe terletak di hujung Kohsar Market. Kedai nombor satu dari kiri. Di bawahnya ada kedai gunting rambut.

[ 1 ] Eh! Mana Pergi Meja Dia ? Ke Duduk Ala-Ala Style Macam Ni Je | Breakfast With Zamir | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 01 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kalau dah namanya kafe, memang tak sahlah kalau tak order ice-blended coffee di sini. Di sini juga ada pelbagai jenis kek dan roti. Ada juga menu agak berat seperti spaghetti dan sebagainya. Saya jarang makan yang berat-berat di sini, hanya yang ringan-ringan sahaja. Minum kopi dengan macaron pun dah cukup bagi saya di sini. Wifi di sini agak laju. Apalagi tunggu. Update Facebook dan Twitter lah kerjanya di sini!

[ 2 ] Tempat melayan perasaan sambil mata memandang ke luar tingkap | Breakfast With Zamir | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 01 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Sedap macaron perisa kacang ni | Breakfast With Zamir | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 01 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Dulu ada juga jam menunjukkan masa di Kuala Lumpur. Sekarang dah dialihkan rasanya | Breakfast With Zamir | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 01 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Teh O Ais Limau Buah Pic yang maha sedap! | Breakfast With Zamir | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 01 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Aktif bersosial media pakcik kita ni | Breakfast With Zamir | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 01 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sebenarnya saya dah banyak kali singgah ke Mocca Cafe di Kohsar Market ini. Kadang-kadang nak makan tengahari, kadang-kadang nak makan pagi. Jarang-jarang nak layan perasaan sendiri. Best juga dapat lepak-lepak kat sini sambil menghirup ice-blended mocca coffee yang nyaman dan sejuk sekali. Mocca Cafe ni memang cantik interior dia. Kalau musim bunga, pokok bunga kertas di luar akan berbungan dengan lebat sekali. Memang lawa melatari keindahan luaran (exterior) kafe ini.

Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat saya rakam melalui instagram suasana di dalam dan luar Mocca Cafe di Kohsar Market ini di sepanjang saya berada di Pakistan. Suasana berbeza dan makanannya pun berbeza sekali. Memang best lepak-lepak di sini. Menyesal pula tak bawa DSLR saya ke sini. Bolehlah snap gambar wide-angle suasana dalaman M0cca Cafe ni kan.

[ 7 ] Front View of Mocca Cafe | Spring 2013 | iPhoneography | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Islamabad, Pakistan | 08 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] The Rainbow French Macarons | Spring 2012 | iPhoneography | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 9 ] Apple Pie With Ice Cream, Ice-Blended Moccha & Iced Latte | Autumn 2012 | iPhoneography | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Islamabad, Pakistan | 30 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Banana Cake With Plain Icing | Autumn 2013 | iPhoneography | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Islamabad, Pakistan | 25 08 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Best kan dapat lepak-lepak dalam Mocca Cafe ni?

Manalah ada kafe yang modern dan besar macam Starbucks di Malaysia di sini.

Sinilah tempat saya melayan perasaan. Dalam hati ada taman.

Sila rujuk ke bahagian Travelogue Section untuk membaca kisah-kisah & pengalaman saya berkelana di bumi Tuhan ini :)

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.