universiti pertahanan nasional @ upnm?

tak lama lagi atma akan dinaiktaraf jadi universiti pertahanan nasional atau lebih dikenali sebagai upnm. akhirnya atm ada universitinya sendiri ya, tak lami pdrm pula akan ada universiti agaknya 🙂

sumber – berita harian

Pelajar bijak kesal dipinggirkan UPNM

LANGKAH kerajaan menaikkan taraf Akademi Tentera Malaysia (Atma) kepada Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) adalah bukti kesungguhan kerajaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebagai seorang pelajar yang meminati bidang ketenteraan, saya amat mengalu-alukan langkah kerajaan ini. Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 baru-baru ini, saya memohon mengikuti program Asasi Kejuruteraan dan Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan di UPNM secara online.

Bagaimanapun, pada awal bulan ini, keputusan untuk menjalani temu duga UPNM dikeluarkan dan ternyata saya gagal dipanggil untuk temu duga.

Apa yang mengecewakan, rakan saya yang mendapat 4A (bagi subjek teras) dipanggil untuk menghadiri temu duga pada hal saya yang mendapat 6A (bagi subjek sains tulen dan teras) dan aktif dalam kokurikulum tidak dipanggil.

Saya ingin mendapat penjelasan mengenai prosedur dan syarat pemilihan untuk temu duga. Saya berharap UPNM dapat memberi penjelasan telus demi memastikan pemilihan ke UPNM adil dan saksama.

PELAJAR KECEWA,
Kemaman, Terengganu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

69 responses to “universiti pertahanan nasional @ upnm?

  1. izza : hehe thanks for the info ya 🙂

    Reply

  2. Hai semua….Saya student awam kt U nie,nk tanya sikit le,betul ke start next year,pelajar awam tidak diambil lg?Dengar cita,hanya pegawai kadet yang akn diambil bermula drp sesi tahun depan…Habis tu kami semua ni cm mana?So sapa2 yang ada jwpn nye please repolu ok!

    Reply

    KNizam Reply:

    izza ; hee kena call direct ke upnm neh rasanya kot hehe 🙂

    Reply

  3. setahu saya taun ni UPNM takde ambil pelajar awam..tapi kalu UPNM ambil pelajar taun ni semua kadet, brpa ramai pulak kadet wanita punya quota..tolong jwb yg ada maklumat..nak join Military Officer-lepasan sekolah asrama penuh.

    Reply

  4. tapi kalau masuk UPSI rasanya okey jugak dah tentu jadi cikgu punya..

    Reply

    KNizam Reply:

    marinman : hehe sememangnya la kan hehe 🙂

    Reply

  5. BONGOK… dia kate tak dipanggil interview bkn tak diterima masuk UPNM. Blm interview lagi… ko ni sekolah tak abis ker?

    Reply

  6. kalau sesiapa nak minta IPGM tu..okay gak..sebab jadi guru ni banyak cuti..pas tu kemana2 aje org panggil gelaran cikgu, biasanya anak2 cikgu pandai2 sebab ibu-bapa dah beri ilmu pd manusia sejagat..tuhan beri berkat pada yg berjasa pada manusia lain..insyaalah../

    Reply

  7. Pelajar Kecewa../- apa susah2 sngat..U x payah tggu2 upnm tu..klau nak jugak, try je apply (KTU)kolej Tentera Udara atau KTD/KTL lagi pun masuk Kolej Tentera 2 tahun aje..training x lama sngat mcm di UpNm sampai 5 tahun, lama tu..klu x minat sungguh2 tak lepas nti..(blum dpt semua okay,tapi dah dok dlm tu..macm2 student complain)..banyak yg dah kecundang dlm setahun dah nak keluar..klau minat main2 jgn minta UpNm..(sebab dlm UpNm academic & physical training get together-those man trained to become military Officer)..ini semua minat tapi klu nak keje cpat dpt gaji..try KTU/KTL/KTD terus rank pegawai Left Muda.gaji rm2,000 lebih + elaun..mana2 pun klu ada usaha tentu dapt gak jadi Pegwai Tentera..tenaga mu diperlukan wlau di UDARA ,LAUT atau DARAT../

    Reply

  8. saye budak baik,just nak mitak ctew pengalaman kat UPNM je(bg yg btl2 student kt UPNM je ok,yg xtaw dok diam2 jgn mmandai,tuhan mara ckp bohong taw)..sy plajar lpasan spm 2009,result 2a 4b n 4c,xbijak ane pn(sbb aktif sngt ko kt skola yg dpt ni je,A bm n mat,B+ bi ict pai sej,C+ admath fiz bio n kim),aktif sukan n mnat sngt2 bidang ketenteraan,ade 2 3 soalan nk taw sangat ni,tp xde tmpat nak wat rujukan.kalau sudi tlg lah sy jwbkan psoalan yg ade kt fkiran sy ni.da banyak sngt bace komen kt tenet sal upnm,tp jd mkin buntu sbbnye yg tu ckp len yg ni ckp len…
    btl ke upnm kene ade kabel BESAR??
    sal temuduga gnew tu,btl ke mkluman pnggilan temuduga dgn sms je??
    yg da g temuduga btl ke blm tntu dpt ni??
    khidupan kat upnm gnew,btl ke latihan ktentraan trok sngt kabornye,pmpuan n laki same jer??
    pmbelajaran program asasi peng. sumber ptahanan susah ke(kalo ukuran ngn result spm kt atas ni)??
    please jwb psoalan yg ats ni,sy nk sngt kejar cita2 yg satu ni.sal nak hdiri tmuduga sy da usha g joging smggu kali n da dekat2 ngn april ni sy da start lari timing.wlpn blm tntu dpngil hdiri temuduga,hurmmmmm..upu da isi da,plhan ptame lg.kecewa sngt kalo xdpt..
    nurin_aisha92@yahoo.com
    yg mgharap-nurinAISHA

    Reply

  9. xbaek ckp BONGOK la..
    budi bhasa budaya kita.

    Reply

  10. i nak tanya kan..kalau i daftar upnm malalui upu..mcn mana nak taw saya i panggil temuduga x?

    Reply

  11. Tahniah pd yg dah lulus ujian temuduga UPNM ari tu (selama minggu)d Trendak Kem Sg.Udang Mkka.Dgr cite lebih kurang 500+ bakal kadet yg dah terpilih..dia org akan lapor diri blan depan. Bgi yg gagal jgn risau Matrik masuk 10 May. Tarikh kputusan masuk UPU 01 May, bagi yg minat gak nak pakai uniform pegawai cuba la KTU/KTL atau KTD-There is a will,there is a way../

    Reply

  12. klu sye rabun camne??boleh masuk ke??

    Reply

  13. sy nak tnye…pggilan temuduga sesi akademi 2 mcm mane??kurg pasti r..

    Reply

  14. kalau dpt as pelajar awam di upnm ok ke or pegi matrik better.

    Reply

  15. bro, klu yg masuk sbg plajar awam tuh, bile plak akan diserap mnjd pegawai kadet?

    Reply

  16. subjek pe yg akan blja if join asasi pengurusan dan strateggi pertahanan ?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge