Pengalaman Anda Yang Berharga Itu, Jika Tidak Dicoret Dimana-mana, Akan Hilang Ditelan Zaman, Tinggal Kenangan, Tanpa Kuburan
“dalam perjalanan ini, menuju destinasi, pelbagai lebuhraya dilalui”
“perjalanan ku terhenti, di lebuhraya ini, terpandang pusara diam menyepi”
terbayanglah kisah lalu, bila kau di sampingku, bagaikan temasya dalam hidupku”
kini cinta tiada lagi, berkubur dalam sepi, dan pusara ini menjadi bukti…..”

entah kenapa terngiang-ngiang lagu ekamatra, pusara di lebuhraya sebenatar tadi
lagu yang cukup terkenal suatu masa dahulu, bait-baitnya ringkas dan menawan kalbu
tiada kata yang kompleks, hanya seni lirik yang indah dihalusi dengan madah berhelah
adakah hidup sentiasa kan indah ?
- – - – - – -
tahun ni genap tahun ke-7 aku mencoretkan pengalaman di dalam alam maya ini
bermula dengan pembelian kamera sony dsc-w1 aku mula berkelana ke sana ke mari mengambil gambar
laksana jurugambar profesional lagaknya. berkamera kecil lebih ringkas dan senang ke mana-mana
beratus-ratus gambar dihasilkan, kemudian dilabel dan dipertontonkan ke laman web fotopages ku
beberapa tahun kemudian, bosan dengan fotopages, aku mengorak langkah ke alam blog sebenar pula
fotopages pun blog juga, blog bergambar depa kata
tambahan pula fotopages telah dilabel sebagai penyumbang kepada aktiviti yahudi, kenalah beralah sedikit kan
aku meniti titian usang arena blogging negara melalui wordpress.com
bermula juga dengan blogspot dan blogdrive. namun dek kerana layout yang macam hampas dan tidak banyak pilihan, aku kuburkan sahaja keduanya
kuteruskan perjalanan dengan wordpress.com
seronok betul dapat menggunakan platform mudah seperti wordpress.com yang banyak theme dan latarnya
setelah puas berblog melalui medium percuma, aku beralih pula ke hosting berbayar
wujudlah blog ini, blog yang anda sedang tonton dan lihat. kadangkala dengar melalui bunyi2 runut di sini
walaupun telah lama berblog namun ada juga suara-suara sumbang bertanyakan apa kejadahnyer berblog ni?
untuk anda yang bertanya, untuk kesekian kalinya aku ingin mencoretkan di sini
bahawa segala pengalaman, tidak kira gambar, bunyi, video hatta keratan fikiran sekalipun
jika tidak dicoret di mana-mana akan hilang ditelan zaman, tinggal kenangan, tanpa kuburan
- – - – - – -
nah !
sekarang sila sambung kembali lagu pusara di lebuhraya dendangan ekamatra tadi di telinga anda ya
“betapa aku, lemah di sini, melihat cinta ini pergi”
“di sini bermula bicara, tanpa daya, dan bicara itu membunuhnya”
“kini engkau tiada lagi yang tinggal hanya mimpi, dan cintaku yang telah bersemadi”
“kuteruskan perjalanan, ku tinggalkan impian, ke arah tujuan cinta abadi…..”
sekian terima kasih!
18 responses so far
tajuk yang panjang sekali..
tapi dh cukup menyatakan maksudnya..
Reply
KNizam Reply:
February 26th, 2010 at 8:55 am
zaryl : hehe ini adalah entry lepas geram. hehe
Reply
dah lama rupanya bro di alam maya ni ya…
Reply
KNizam Reply:
February 26th, 2010 at 8:56 am
beliamuda : hehe dulu2 lagi dah start ngan photoblogging woooo hehe
Reply
jatuh cinta dengan tajuk entri…….. jarang nampak post melankolik di sini
Reply
KNizam Reply:
February 26th, 2010 at 9:20 am
k jie : hehe post inspired by the song ya. hehe
Reply
pergh 7 tahun..lame tu..aku br stgah tahun…hehehe…lagu tu kdg2 mengingtkn aku kembli tentng kisah lampau…hehe
Reply
KNizam Reply:
February 26th, 2010 at 2:35 pm
azizan : hehe sila buat posting plak ok. hehe
Reply
wah..lagu yg bermain dengan perasaan..
Reply
KNizam Reply:
February 27th, 2010 at 11:15 am
bbhussain : best kan lagu ni. hehe
Reply
no wonder la kan…dah 7 thn… bro merupakan pioneer blogger kat malaysia nie….
Reply
KNizam Reply:
February 27th, 2010 at 11:17 am
hazman : hehe takde la lama mana pun. hehe
Reply
mula la nak feylong sorang2 kat overseas. hunza vally red apples la dude hahaha
heh pusaraya di lebuhraya. yg nyanyi ramai2 dalam bas on the way back from tourney kat ipoh, then tiba2 semua terus senyap sebab lalu stretch nak masuk menora tunnel.. hahaha
Reply
KNizam Reply:
February 28th, 2010 at 11:31 pm
screw : haha kasi chance la expat neh feylong sambil korang mengaripap kat bukit jelutong. haha. betul la tu balik tourney from ipoh. tang lalu menora aku dah lupa. hehe
Reply
hahaha. edisi lps geram la plk. apepon artikel ni meransang blogger utk terus mcatit apajua, utk sendiri dan manfaat org lain juga insyaAllah.
Reply
KNizam Reply:
March 2nd, 2010 at 9:23 pm
jhafiz : hehe tu la kan. catat je apa2 pun kan heeh
Reply
pengalaman hidup lebih indah klu dapat dicoretkan n dikongsi bersama..baik or buruk, pendek atau panjang ceritanya bukan ukuran kerna hidup perlu dinikmati n disyukuri…
Reply
KNizam Reply:
March 11th, 2010 at 6:01 pm
meria : ya betul. hehe
Reply