Night View of Sultan Abdul Jalil Bridge & Resort Sg Perak, Kuale Yop !

aku rasa aku pernah amik gambar jambatan sultan abdul jalil masa aku stay kat resort sg perak ni dulu. tapi dah lupa la plak kat mana aku simpan softcopy dia. masa tuh aku siap dok bawah jambatan nak amik angle yang cun. haha. tapi kali neh aku amik from normal angle je lah. lepak2 kat jetty resort sg perak and then click sana click sini nak amik gambar jambatan sultan abdul jalil neh.

dulu masa jambatan neh takde. penduduk kuala kangsar memang menggunakan sepenuhnya bot penambang nak ke kg sayong kat seberang sungai perak. aku pun selalu guna bot tuh masa nak pegi camping kat kg sayong lembah. bot malam last sekali kul 11mlm rasanya. best wooo naik bot. lagi best bila tak payah life jacket. haha.

jambatan neh dulu nama dia jambatan sayong. then bertukar ke jambatan sultan abdul jalil. dah seminggu aku dok kat kuale dan aku perasan setiap malam jambatan neh ada lampu limpah dia. memang cool la. setiap malam lampu2 dia menyinari air2 sungai perak tuh. memang lawa la reflection dia dalam air tuh kan. haha

so lepas a few shots aku hengat nak amik night view of resort sg perak. tapi dapat amik 2/3 gambar adjer. sebab lepas tuh hujan lebat giler dowh. memang lebat sampai aku kena lari balik bilik. haha exaggerate je sebenarnya, jangan tertipoooo.

apa2 pun kalau sesaper ke kuale, make sure amik gambar jambatan neh waktu malam dengan lampunya yang menarik tuh. kalo tak korang gak yang menyesal. korang just drive ke resort sg perak. park kereta and then terus je ke jetty resort sg perak neh. then click sana2 click kat sini adjer. haha.

selamat datang ke kuale yop !

psssttt – dua tiga hari neh aku tengok ramai plak pak polisi ngan adun2 yang datang ke resort neh. dengar khabarnyer mereka nak angkat sumpat kat istana iskandariah. hehe asyik tertunda je kan. kesian depa. hehe 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 responses to “Night View of Sultan Abdul Jalil Bridge & Resort Sg Perak, Kuale Yop !

  1. ape nak kesian beb, pilihanraya rakyat negeri itteww sendirik.. kenalah layann..

    peace bro n salam pagi sabtu yg sebu ..

    en_me’s last blog post..towards charity

    Reply

  2. ape nak kesian beb, pilihan rakyat negeri itteww sendirik.. kenalah layann..

    peace bro n salam pagi sabtu yg sebu ..

    en_me’s last blog post..towards charity

    Reply

  3. en_me : hehehhee betul lah tuh 🙂

    Reply

  4. kesian?? sapa soh pilih banga yg tk reti hormt sultan tu???
    ish to mush man… this is too much…

    anyway, mm lawa pemandagan…
    bro kenapa ta keluaq entri yg bawah ni???kuar gambaq spedtest je???

    Reply

  5. kawaii : haha bahasa german lagik! masa untuk merawat la sekarang neh kan. haha

    KNizam’s last blog post..Solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Kuale Kangsar Lagi Yop! Hehe 🙂

    Reply

  6. hehehe

    i mean… sapa lah suruh elect bangsa yg tak hormat pada sultan ? mana boleh keputusan sultan disanggah? then suruh pulakpulau istiadat. then senang2 nak mintak mahap? kena ngadap sultan tau.

    this is too much…

    and cuba u tgk post sbelum ni? kenapa cuba keluaq graph and pic speed test tu? mana entrinya? pelik2…

    harap tak bahasa grmn ok, ditaip pd kelajuan 1 perkataan sesaat

    Reply

  7. kawaii : eh post cam ok jer. guna ie 6.0 ke ? gunalah firefox ya! haha 🙂

    Reply

  8. ape kabo yop…………

    Reply

    KNizam Reply:

    amin : kabare wak hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge