Roti Bakar & Kopi Kaw-Kaw at The One And Only Kluang Rail Coffee @ Stesen Keretapi Kluang, Johor ! Hehe :)
jangan tertipu ! mardi bio-business treasure hunt 2008 dah habis. nantilah aku update pasal prizing giving ceremony. hehe nanti aku bagitahu team aku dapat no berapa. hehe dapat lah top 20. 1st time team aku dapat podium finish dalam public treasure hunt kat malaysia ni.
hehe susah wooo nak masuk treasure hunt.
nak naik ke podium apatah lagi kan. haha

wokeylah hunt dah habis. so kitaorang stay 1 night kat prime city hotel kluang neh
dah alang2 sampai ke kluang neh memang la kena singgah ke kedai kopi kluang yang paling famous neh

the one and only kluang rail coffee
yang ni tak sama tau ngan franchais yang kat kl – kluang coffee tu
yang neh memang the real one
kedai kopi neh dah lama dah. memang dok kat dalam stesen keretapi ktmb neh.
location dia lebey kurang yang macam kat kuala kangsar. hehe
in fact masa aku mula2 sampai terasa mcm pegi ke stesen keretapi kuale. hehe nostalgia dowh !
kat bawah neh makanan yang ada kat atas meja kitaorang. biasalah kalau dah nama kedai kopi so surelah ada kopi ngan roti kan. telur separuh masak pun ada. hehe nasi lemak pun ader beb ! kali neh pulut panggang pun ader. hehe variety gak la kan.

ni kat depan stesen keretapi. memang standard design semua stesen2 keretapi kat malaysia lah camni kan. dengan jaring2 nyer. dengan corak2 petak2 tuh. dengan kaler coklat ngan kuning tuh. giler jimat cat kalo camtuh kan. haha


aku tengok still banyak gak la keretapi yang lalu kat sini kan. hehe
tengok jadual tuh. siap ngan detail sekali. haha

perghhhh manusia memang ramai giler pagi ahad neh
siap kena waiting dulu tuh. so kalau sapa2 nak minum kat sini aku nasihatkan supaya datang awal kalau tak nak berdiri waiting kat luarlah. kat dalam dia memang selesa. dengan kerusi meja style kopitiam kan. hehe size dia memang maintain je lah. haha

1st time aku buat jalan2 carik makan sambil melawat ke dapur. hehe
yang ni rasanya towkey dia. siap buat air tuh dowh ! haha. memang cool la lu tokei. hehe area neh panas sket. hehe

aku singgah kat belakang tempat dia buat roti bakar. memang pakai arang lah. patutlah sedap. roti dia pun lembut giler cakap lu. memang lain lah rasa compared ngan yang kat kl tuh. yang kat sini memang lembut giler. memang cool. hehe sedap. hengat tadi nak tapau, sekali baik masuk mulut kat sini je kan. hehe

pekerja2 dia dengan tekun tengah membakar roti2 lembut tuh semua. sedang2 je kan bakar tuh. kalau tak hangus plak nanti. aku perasan memang semua meja akan ada roti neh. memang famous giler ah roti neh.

so siapa2 yang singgah kat kluang jangan lupa nak singgah ke stesen keretapi kluang nak merasa makan roti bakar dengan minum air kopi kat the one and only kluang rail coffee. hehe tak sama beb ngan yang kat kl dowh ! haha




hanep
esyh.. tunjuk mknn lak ble ak tengo lapo.. huhu
haneps last blog post..Why do I love home?
Reply
KNizam
hanep : hehe apa lagi harus pergi ke kluang tuh. haha
Reply
hanep
jauh sangat.. xpe.. lautan api tetap ku redahi.. hehehe…
haneps last blog post..Why do I love home?
Reply
KNizam
hanep : wokay jumpa kat sana petang nanti. hehe
Reply
uner
hey, that’s where I usualy wait for my train to segamat! i was raised in kluang since born till 16.. lotsa memory there..
uners last blog post..an evening tea at bukit sentosa
Reply
KNizam
uner : la ye le. ke uitm segamat ke eh? hehe
Reply
saffa
huish! nak jugak..! *scream*
saffas last blog post..KLCC Day Out
Reply
KNizam
saffa : ni lagi sorang kena pergi ke kluang. haha
Reply
Mohd Ismail
he he.. dia pakai roti burger ke tu? atau roti dia mmg rupa camtu? =)
*gambar stesen keretapi sana sebijik dengan apa yg ade kat sini.. mmg gitu eh semua?*
Reply
apis17
aik roti ni baru ada kat kedai ni ke?
dulu masa belajar (area 2004-an) tak ada lagi roti bakar rasanya.. kedai makan kat sini ada la..
Reply
SangPelangi
perkh.. aku yang duduk kat Johor ni pun tak pernah pergi lagi Kluang RailCoffee.
Konfem pergi la lepas ni.
Reply
KNizam
ismail : hehe mcm je roti burger tapi bukan. sedap woooo roti neh lembut sesangat. hehe

apis17 : la dulu takde ek. hehe tak tahu plak. hehe
sangpelangi : heheh kena pergi tuh nanti. hehe
Reply
HH
wahhh… hope this got in penang >..< the taste must be different than others :P
HHs last blog post..Get a Gravatar!
Reply
KNizam
hh : takde kat penang la. kedai ni kat kluang only. hehe
Reply
Truckster
wahhhh gilerr best roti tuh….nampak gambor pon dah dapat bau wanginya kaya kat dlam tu,
BTW stesen KTM tu memang vintage gila….xrennovate pon…bagus2 barang lama patut dijaga
Trucksters last blog post..Gempar!!!: Dr Mahathir umum keluar Umno
Reply
Uncle G
dulu masa p kursus kat intan kluang ada gak pekena kat gerai rot bakar nie.. ramai orang…
Uncle Gs last blog post..18 Mei 2008
Reply
azwanhadzree
wooo, lain kali nak pergi makan ajak la .. boleh aku ikut. stesen tu memang klasik, patut dikekalkan design tu walaupun diupgrade nanti
azwanhadzrees last blog post..Can’t Get Enough Of Iron Man
Reply
bongkersz
eh lawa giler gambar ko ambik dude.. hmm, dulu time aku abis pmr buat part time kat kedai kopi, hari hari telan roti bakar.. jadi gemok gedempol aku. muahaahaha! sedap tidak terkira!!!!!!!
Reply
kawaii_desu
kempunan la jawabnya huhu
kawaii_desus last blog post..phantom of the opera….
Reply
kawaii_desu
by the way baru kita perasan font nama pemberi komen ni berbeza2.. yg dari domain sendiri (dotcom/dotnt/dotorg) font bold tapi macam kita yg blogspot ni kurus aje huhuhu
double setended ler huhu
kawaii_desus last blog post..phantom of the opera….
Reply
KNizam
truckster : hehehhe memang best giler roti bakar tuh. perghhh nak pegi la plak. hehe



eh mana ada sama je font semuanya. haha
uncle g : yep kena waiting list nak tunggu meja. hehe
azwan : ko kan bz je manjang. haha
bongkerz : hehe angle je yg lawa kot. hehe
kawaii : haha
Reply
p`donz
utk pngetahuan korang..
kluang railway coffee ni penah dijadikan segmen dalam rancangan majalah 3!
ia memang bersejarah n aku sangkal dakwaan kat atas kerana ada yg berkata dulu takde roti bakar?juz menu makanan biasa je?
menu roti bakar ni dah lame dah!
yg cakap camtu..memang xpenah pegi setakat anak watan kluang tapi dok layan kfc ari2 manelah tau!
aku anak watan kluang wlaupun dilahirkan di penang tapi sudah lebih 15 tahun dibesarkan disini..
so sape2 g kluang mehlah singgah kluang railway station (cafe)
sedap wo!!!
Reply
KNizam
pdonz : hehe thanks for the info. kluang rail coffeee mmg best giler. hehe
Reply
lolipop
tak ada siapa ke yg nak tanya kopi dan roti yg dijual tu halal ke tidak? macam kat starbuck tu tak halal.hati hati sikit.
Reply
KNizam
lolipop : hehe ada logo halal jakim tau. hehe
Reply
ahcik
heheh …bangge gila bila kampung halaman di sebut2 kan …
off coz memang die halal …
memang rasa kat francais die kat kl ni tak sama ngan rase kat kluang ..dari dulu sampai sekarang ..memang TASTE la yg kat kluang punya ..tak pernah berubah pown …
best !!!
Reply
KNizam Reply:
April 11th, 2009 at 8:18 pm
ahcik : yep rindu la ngan roti dia yang lembut adjer. dibakar ngan arang plak tuh kan. hehe
Reply