huh! buaya terlepas?

hari tu keluar dalam berita dengan suratkhabar mengatakan yang ada pusat ternakan buaya yang telah terlepas buaya-buayanya berdekatan dengan muar, sekitar parit ponorogo. dekat 15 ekor buaya yang terlepas dan buaya-buaya dipercayai berkeliaran di kawasan persekitaran. bahaya tu!

sekali keluar kat bernama, pusat penternakan buaya menafikan pula.

mana satu yang betul daaaaaaa?

25 Disember, 2006 18:36 PM Hantar berita ini kepada rakan Versi bolehcetak berita ini

Ladang Ternakan Buaya Nafi Reptilia Itu Terlepas Ketika Banjir

KOTA TINGGI, 25 Dis (Bernama) — Ladang ternakan buaya berlesen di Teluk Sengat di sini menafikan laporan reptilia di ladang itu terlepas dari sangkar ketika banjir.

Jurucakap ladang itu berkata

kawasan ladang dan sangkar yang menempatkan buaya miliknya tidak dinaiki air dan dengan itu tidak mungkin haiwan itu terlepas.

“Jika benar sekalipun reptilia itu terlepas dari sangkar, kemungkinan untuk reptilia itu merayau-rayau di kawasan yang mempunyai penduduk adalah amat kecil sekali,”

katanya kepada Bernama Isnin.

Ladang itu memelihara kira-kira 500 ekor buaya untuk daging dan kulitnya.

Akhbar hari ini melaporkan tentang dakwaan orang ramai di Kota Tinggi bahawa mereka melihat beberapa ekor buaya di kawasan-kawasan penduduk yang dinaiki air akibat bencana banjir.

Penduduk mendakwa buaya-buaya yang tersesat ke kawasan penduduk di bandar ini terlepas dari sebuah ladang ternakan buaya haram di Sungai Panti, kira-kira dua kilometer dari bandar Kota Tinggi.

Hari ini pula muncul khabar angin yang mendakwa penduduk telah berjaya menembak mati sekurang-kurangnya dua ekor reptilia itu hari ini.

“Penduduk di Kota Tinggi ada katakan penduduk kampung berjaya menembak mati dua ekor buaya, tetapi tak tahulah sama ada itu benar atau tidak. Penduduk kecoh dengan berita (buaya tersebut) itu,”

kata penduduk Taman Kota Jaya yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli.

Katanya,

terdapat juga khabar angin yang mendakwa penduduk berjaya menangkap seekor buaya di sebuah stesen minyak di bandar ini manakala seorang penduduk di Kampung Makam pula mendakwa seekor buaya telah memasuki dapur rumah penduduk sebelum melarikan diri ke kawasan sungai.

Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Muhammad Samsuddin ketika dihubungi hari ini berkata,

pihaknya setakat ini tidak menerima laporan tentang kejadian penduduk kampung menembak mati dua ekor buaya di Kampung Tembiuh.

— BERNAMA

http://bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=238274

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge