whoa selamba la adik aku email gambar2 memasak rendang kat jasin tadi
hehe best wooooo suasana di jasin sebelum raya neh kan, semua sanak saudara balik kampung
sehari sebelum raya mesti busy giler, hehe masa ni lah sahur terakhir
pepagi lagi akan singgah ke pasar beli itu ini sebagai persiapan terakhir nak sambut raya
kaum ibulah yang paling busy sebab nak sediakan juadah hari raya sekali
adesssss miss my mon rendang ayamlah ! kalau aku ada surelah aku yang akan masak rendang ni hehe
adesss sedap la plak menengokkan rendang ayam ni kan, penat woooo nak mengacaunyer ok
maunyer 2-3 jam baru nak masak, pastu tambah santan balik, kena kacau balik hehe
panas tak payah cakap la kan, tapi rendang ni la paling sedap in the world
dah pakai ayam kampung yang ala2 liat2 sket, perghhhhh rindu la nak balik jasin wooooo
ni adik aku tengah memasak rendang ayam. lepas ni surelah kena rebus nasi impit plak kan
kalau arwah nenek ada dulu memang wajiblah menganyam ketupat
pastu kitaorang lah yang kena memasukkan beras dalam tuh
then semuanya akan sama2 merebus ketupat, lagilah lama wokey. hehe 🙂
tapi tahun ni aku x sempat nak balik jasin lagi. jauh dowh 4,500km tuh islamabad – jasin ok
so aku akan beraya di islamabad kali ni. ada juga ketupat segala bagai, cuma suasananyer lain la. hhe 🙂
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin semua !

2 responses to “Suasana Ketika Memasak Rendang Sempena Aidilfitri | Kg Terentang, Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah | 30 Ramadhan 1431H”