Dua Pengebom Berani Mati Meletupkan Diri Di Dua Tempat Berlainan Dalam Masa 1 Hari – Rumah SSP CID, Darakshan Area, KARACHI & CD Market, PESHAWAR !

Sedang penulis bersarapan pagi tadi, mata penulis terpaku seketika. Karachi kecoh dan bergegar lagi. Kali ini pengebom berani mati telah meletupkan diri dengan bahan letupan seberat 300kg. Pengebom berani mati merempuh rumah SSP CID Chaudry Aslam, berdekatan dengan Kadakshan di Karahi. Kejadian berlaku berhampiran Defence Housing Area (DHA) Fasa 7, sebuah kawasan perumahan yang dikawal ketat dan sepatutnya dianggap selamat di Karachi. Ramai rakyat Malaysia yang menghuni di DHA Phase 6 dan 5 juga.

Keadaaan yang sungguh kelam kabut dengan tangisan kanak-kanak, suara sanak-saudara yang telah mengecam mayat mangsa. Wartawan Siaran Express247 tidak putus-putus membawakan laporan rasmi dan terkini dari tempat kejadian. Suasana hiruk pikuk sekali. Karachi bergolak lagi. Setahu penulis, kali terakhir Karachi bergolak dek kerana pengebom berani mati ialah pada November 2010 di mana pengebom berani mati telah merempuh Balai Polis di Karachi. Letupan yang maha dahsyat kedengaran dan menyebabkan tingkap dan kaca pecah sehingga 5km jauhnya. Begitu hebat bom ciptaan manusia kini.

Setakat ini telah dilaporkan 8 orang telah mati termasuk pengawal keselamatan di rumah Pegawai SSD CID tersebut. Turut terkorban ialah seorang cikgu perempuan dengan anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi. Kejadian sadis dan tragis sebegini memang menyedihkan. Bagaimana ianya boleh berlaku di dalam sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk seramai 180 juta ini? tiada siapa ada jawapannya. Jika anda berani, saksikanlah gambar-gambar di tempat kejadian, kawah juga terbentuk dek kerana kuatnya letupan yang dihasilkan pagi tadi.

Belum pun reda kejadian tembak rambang (target killing) di Karachi dan kejadian banjir di Wilayah Sindh, kita dikejutkan pula dengan kejadian pengeboman yang besar sebegini. Beginilah kehidupan di Pakistan. Acapakali bila penulis terdengar, terbaca atau terlihat akan berita-berita pengeboman seperti ini, penulis akan memeriksa berapa ramai yang terkorban. Jika ramai, kita kena selidik modus operandi mereka dan perlu mengambil tahu serba sedikit kawasan kejadian.

Belum pun reda kes pengeboman di Karachi, Pakistan bergegar lagi. Baru sebentar penulis menyaksikan berita terkini di Express247. Peshawar pula bergegar. Kali ini pengebom berani mati mengebom Pasar CD (CD Market) di tengah-tengah Peshawar. Bom dipercayai digunakan di atas motor sahaja! Setakat ini 4 orang telah dikenalpasti terbunuh. Pastikan akan ramai lagi akan terbunuh setelah mangsa-mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital.

Dua pengeboman oleh pengebom berani mati dalam masa 1 hari! Sungguh melampau rasanya. Penulis sendiri tidak tahu bilakah kes-kes pengeboman sebegini akan berakhir. Ayat-ayat seperti the world will be safer after Bin Laden’s death nampaknya tidak benar sama sekali. Keadaaan semakin teruk nampaknya. Penulis rasanya dunia di sini semakin tidak selamat. Siapa tahu mungkin esok lusa pengebom berani mati akan meletupkan diri mereka di Islamabad pula.

Jika tahun lepas bandar bersejarah Lahore paling teruk dibom dan bergegar sepanjang tahun, kali ini giliran Karachi pula. Makin banyak pula kes-kes jenayah di Karachi. Bandar Peshawar tidak perlu dipersoalkan lagi. Penulis akan berasa hairan sekiranya dalam seminggu atau sebulan tiada letupan yang berlaku di Peshawar. Peshawar dan letupan begitu sinonim semenjak penulis tiba di bumi ajnabi ini pada penghujung tahun 2009 lagi.

Kepada semua rakyat Malaysia di Pakistan, samada di Abbottabad, Peshawar, Quetta, Karachi, Lahore, Islamabad, Faisalabad mahupun di mana jua anda berada di bumi ajnabi ini, harap-harap lebih berhati-hati selepas ini. Silap langkah buruk padahnya. Kehidupan di bumi Pakistan ini menuntut kita untuk tidak berada di tempat yang salah, pada masa yang salah dan dengan manusia yang salah pada bila-bila masa. Nyawa di sini bagaikan tidak bernilai lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 responses to “Dua Pengebom Berani Mati Meletupkan Diri Di Dua Tempat Berlainan Dalam Masa 1 Hari – Rumah SSP CID, Darakshan Area, KARACHI & CD Market, PESHAWAR !

  1. aku first!!!!! jaga diri bro. nanti balik m’sia mai pekena KUDU!

    Reply

    KNizam Reply:

    matjoe : hehe thanks bro! jom kudu!

    Reply

  2. mmg brutal. 300kg tu

    Reply

    KNizam Reply:

    ariff : mmg brutal. tapi xleh lawan masa marriot bombing 2008. 500kg masa tuh, kawah besar giler depan hotel. blasted on 2 ramadhan plak tu!

    Reply

  3. Mmmmmmmemang berani mati !!!!

    Reply

    KNizam Reply:

    razif : yep depa mmg giler di sini hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge