Dah Bayar Zakat For 2008 Ke ?
esok tahun baru 2009
hari neh hari terakhir tahun 2008

malam neh banyak lah bunga2 api akan melompat2 di udara
cuma aku nak tanya satu je soalan
korang dah tunaikan ke rukun islam ke-4 ?
ala bukan puasa ok. bukan juga pergi haji ok
bayar zakat lah
korang kena ingat zakat bukan hanya dibayar masa raya saja ok
bukan hanya zakat fitrah sahaja
pendapatan korang. gaji bulan2. bonus tahunan
semua tuh kena zakat ok
so jangan la plak buat lupa dowh !
haha tengah sibuk beli barang2 sekolah anak2
tengah sibuk2 pergi bercuti
sedang berkira2 untuk berbelanja sempena kempen jimat malaysia
janganlah plak lupa pasal zakat pendapatan ya
ala bukannya banyak mana pun
setakat 2.5% je ok
kalau korang tak sempat nak pergi ke kaunter2 pembayaran zakat
korang boleh bayar online
cimbclicks dengan maybank2u dah ada kemudahan nak bayar online
so takde alasan lagi untuk korang tak boleh bayar zakat ok
selamat tahun baru 2009
selamat tinggal 2008 !
selamat membayar zakat !
26 responses so far
oh sib baik aku baca posting ko ni…aku mmg nak bayar online…hampir terlupa…huhu..tq tolong ingatkan
Reply
kalo bayar bulan2 dah kira gak ke?
Reply
Err…zakat tu rukun ke-4
Reply
amoi : heh ramai gak yang lupa neh nanti kan. hehe
Reply
buzzy : bulan2 tak masuk bonus kot. hehe kena bayar lebih sket la. hehe
Reply
menj : hehe dah betulkan dah. thanks
Reply
sy sudah bayar zakat…
erk?
baru habis PMR….
ece cece…..
prasan dah besaq*
Reply
loque : hehe amacam pmr ko ?
Reply
hahaha… betoi betoi.. aku sokong.
Selalu kalau cakap zakat jer, orang dok ingat bulan puase.
Tapi zakat time dapat bonos… susah nak ingat kan.
aku pon hampir terlupe… thanks bagi ingat..
tapi kalau buat calculation tanggungan bersih dari
keuntungan bones… macam tak cukup syarat jer…
tak per laa… hari jemaat pergi masjid.. bleh isi salam tabung
niat berzakat… boleh jugak. cume tadek proses akad berzakat
tapi still ade niat nak berzakat kan??? betoi tak..??? Kalau
salah… tolong betoikan aku…
keh keh keh…
Reply
uishhh … dah setel dah zakat. 2 kali dah tahun ni. 25 Zulhijjah 1428Hijrah, bersamaan 4 Januari 2008 Masehi.
Minggu sudah 25 Hijrah 1429Hijrah bersamaan 23 Disember 2008 kali kedua. Tahun 2008 Masehi ni kita sambut tahun baru Hijrah 2 kali, so 2 kali la bayar zakat.
Atuk ese ajar bayar zakat, cukup haul ikut 12 bulan calendar Islam, sebab kita bayar fitrah pun ikut kalendar Islam.
Reply
Potong gaji senang
selinap coretan terakhir…List all titles of WordPress posts in one page
Reply
yup, sokong selinap…isi borang potong gaji lagi senang..automatik
Reply
saya x de gaji lagi, so, x yah bayar la kan? anyway, x sure mlm ni ade bunga api ke tidak. xde dengar berita apa-apa pun. even my bro, photographer pun xde khabar about bunga api. hmm. mungkin, malaysia ade tukar plan perayaan tahun baru?
Reply
Satu peringatan yang bagus sebab ramai yang tidak sedar akan perkara ini. Samalah ngan aku. Thanks Nizam!!
Reply
kreuger : hehe tu la pasal kan. zakat pendapatan selalu orang lupa kot. hehe
Reply
nazley : wahhhh bagus la kol camtuh kan. hehe
Reply
selinap : aku mmg potong gaji. cuma kali neh bayar untuk bonus plak. hehe
Reply
aman : potong gaji pun ok gak. tapi still kena amik kira bonus semua kan. hehe
Reply
abdus : hehe tunggu la ko ada pendapatan nanti kan. hehe
Reply
rohaizad : hehe tu la pasal kan. ada lagi 2 jam nak bayar zakat 2008 neh. hehe
Reply
Sebenarnya dah lama dah tarikh bayaran zakat expired. Ikut kalendar Islam kan?
Reply
rohaizad : rasanya boleh juga pakai kalendar masihi. sebab tuh boleh kurangkan tax sekali. ehhe
Reply
alhamdulillah, aku punya dah settle
Reply
azwan : alhamdulillah. hhe
Reply
aku ikut kalendar masihi…ari tu dah konfemkan ngan org LZS…sbb musykil bila nak start kira…diaorg ckp if kita start keje bln 7 2007…so kiraan kita dari bln 7 2007 sampai bln 6 2008…wallahua’lam
tahun dpn baru aku nak buat potongan gaji…cam masak jugak bayar lamsam…huhu…
Reply
amoi : aku ikut kalendar masihi jugak. senang nak kira. lagipun ppz selalu buat promotion suruh bayar zakat bulan dec kan.. hehe
Reply