semalam aku tengok dalam berita
dah mula ada bencana alam kat negara kita
bencana sebegini berlaku tanpa diduga. berlaku dalam bulan ramadhan pula kan
aku turut simpati dengan mereka2 yang terlibat ie mangsa banjir di kedah dan penang
di penang siap ada tanah runtuh lagi.
dan tatkala bencana menimpa negara kita, ada pula wakil rakyat yang berada di luar negara ya !
ramai pula yang pergi tuh kan. huhu
walau apa pun alasan mereka untuk ke luar negara (mungkin nak mengelak 16 sep 2008), memang tidak boleh diterima di saat rakyat di utara semenanjung menanggung duka dek kerana bencana alam yang menimpa. what more dalam bulan puasa lagi !
tapi bencana yang menimpa mungkin tidaklah seteruk taufan ike yang bakal melanda haiti di cuba. taufan yang mengganas bakal merosakkan banyak harta benda kan. hehe
Waspada banjir besar
![]() |
TABAH… Mariam Abdullah termenung mungkin memikirkan nasibnya yang perlu berkerusi roda kerana sakit tua, terpaksa pula meredah air banjir yang melanda rumahnya ketika waktu berbuka puasa di Kampung Batu 20, Jalan Yan, Guar Cempedak, Kedah. Bagaimanapun, warga emas berusia 90 tahun itu tetap tabah menunaikan ibadah puasa.– Gambar Ismail Kamadin
|
KUALA LUMPUR 7 Sept. – Penduduk di seluruh negara terutama negeri di utara Semenanjung diminta berjaga-jaga kemungkinan berlaku banjir besar ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Jabatan-jabatan kerajaan berkaitan kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dari segi anggota dan logistik bagi menghadapi banjir yang dijangka melanda negeri-negeri terbabit dalam tempoh terdekat setelah beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang mula dilanda banjir semalam dan hari ini.
Sehingga kini 1,573 penduduk di tiga daerah di Kedah iaitu Yan, Kuala Muda dan Pendang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak dua hari lalu.
Malah, seorang warga emas, Aishah Lebai Salleh, 75, dari Kampung Dulang Kechil Tengah, Yan menjadi korban pertama banjir di negeri itu selepas terjatuh ke dalam Sungai Dulang Kecil, pagi ini.
Di Pulau Pinang pula, banjir yang melanda beberapa kawasan rendah berikutan hujan lebat selama 10 jam menyebabkan kira-kira 177 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semalam.
Bagaimanapun, mereka sudah dibenarkan pulang pagi ini setelah air mulai surut.
Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Jalan P. Ramlee, Teluk Kumbar dan Teluk Bahang di bahagian pulau dan di tanah besar pula ialah Kampung Tok Suboh, Kampung Suluk, Sungai Batu dan Kampung Paya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ekoran amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi bahawa hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang yang sedang berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak dijangka berterusan.
Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Hamzah Abu Bakar berkata, pihaknya telah bersiap sedia dengan anggota dan keperluan logistik termasuk unit udara.
Katanya, selain Perak, Pulau Pinang dan Kedah, tiga lagi negeri yang berisiko tinggi dilanda banjir ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Bagi menghadapi sebarang kemungkinan, bomba mempunyai 60 unit udara yang diletakkan dalam keadaan bersiap sedia selain 300 anggota lagi sebagai kumpulan sokongan jika keadaan memerlukan.
“Ini tidak termasuk 60 bot penyelamat bagi operasi banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Kemudahan logistik tersebut, jelasnya, membolehkan pasukan bomba melakukan kerja-kerja menyelamat sama ada melalui darat, air atau udara mengikut keperluan kawasan yang dilanda banjir.
Beliau berkata, bagi memastikan Jabatan Bomba dan Penyelamat merupakan pasukan penyelamat yang awal tiba, pihaknya akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dengan Jabatan Meteorologi selain maklumat yang disalurkan oleh orang ramai ke bilik gerakan banjir.
Hamzah memberitahu, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat yang beroperasi 24 jam di talian 03-88880964 bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung banjir di seluruh negara.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah JPA3, Selamat Dahlan memberitahu, jabatan tersebut bersiap sedia dari segi tenaga dan keperluan logistik termasuk anggota sukarelawan bagi menghadapi kemungkinan banjir tidak lama lagi.
Katanya, selain itu semua bilik gerakan di negeri-negeri juga diarahkan supaya diaktifkan bagi membantu melancarkan kerja-kerja menyelamat mangsa di kawasan yang dinaiki air.
“Pada masa ini, kita memberi tumpuan terhadap Kedah yang dilanda banjir dengan menghantar seramai 50 anggota JPA3 yang berpangkalan di Yan.
“Kita jangka hujan akan beralih ke Pulau Pinang selepas ini, kemudian selatan tanah air dan pantai timur. Oleh itu tiada negeri yang terkecuali,” jelasnya.
Sementara itu di Kedah, kawasan lain yang turut dinaiki air ialah berdekatan kaki Gunung Jerai termasuk di Kampung Kaki Bukit, Kampung Teroi, Kampung Titi Laha, Kampung Kepala Bukit, Kampung Sungai Pasir dan Kampung Kepala Bukit Gurun. Penduduk kawasan itu mula dipindahkan mulai tengah malam tadi.
Jumlah penduduk yang terpaksa dipindahkan dijangka terus meningkat berdasarkan hujan yang berterusan dan hanya diramal kembali seperti biasa beberapa hari lagi.
Menurut Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Zulkifli Ramli, sebanyak lima pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Yan yang sehingga kini menempatkan seramai 1,115 mangsa daripada 255 buah keluarga.
Pusat-pusat berkenaan ialah Dewan Serbaguna Guar Chempedak seramai 138 mangsa, Surau Kepala Bukit (283 mangsa), Masjid Titi Teras (330 mangsa), Surau Teroi Bukit (206 mangsa) dan Masjid Pekan Teroi (158 mangsa).
Di Daerah Kuala Muda pula, sebanyak tiga pusat dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Bidong (331 mangsa), Surau Permatang Gedung (52 mangsa) dan Dewan Kampung Baru Bidong sejumlah 67 mangsa.
“Sebanyak dua keluarga melibatkan lapan mangsa di Pendang turut dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Paya Mengkuang,” katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata, seramai 41 pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai Selasa depan di Sekolah Kebangsaan Teroi akan ditempatkan di sekolah itu dengan pengawasan guru.
Di Perlis, bilik gerakan banjir dibuka 24 jam bagi memantau sebarang kemungkinan.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, walaupun hujan turun setiap hari, kadar taburan hujan di Perlis ketika ini kurang 30 milimeter (mm) padu dan tidak membimbangkan.
“Apa sekali pun, semua agensi berkaitan sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini,” kata jurucakapnya.
Pada Disember 2005, 85 peratus daripada Perlis ditenggelami air yang dianggap kejadian banjir terburuk di negeri itu dalam tempoh 30 tahun.

Pingback: negaraku.net
Aku pun tumpang simpati… kesian dorang yang terlibat… cubaan di bulan puasa tu… Berdoalah semoga Allah beri perlindungan…
Adry’s last blog post..Actual Raya Card VS Cyber Raya Card…
Reply
mengelak ke nak lompat? haha.
affuan’s last blog post..Sifu taik!
Reply
patut pada masa ni la pemimpin kena tunjuk keprihatinan.. bukan hanya melihat dari jauh… bebanan rakyat at least berkurangan bila tgk kesanggupan pemimpin untuk turun lihat keadaan rakyat.
mana la pemimpin camtu skrang ek?hmmm… 😉
izzat’s last blog post..ServerFreak : CBJ2 Network Attack by DDOS
Reply
pasal tak kena kat batang hidung diorang, tu diorang buat tak kesah tu.
penyubiru’s last blog post..Kentut & Puasa
Reply
kesian dengan diorang yang kene dugaan macam tu… aku, kalau kene ujan lebat sikit pun dah rasa sedih sebab tak boleh nak buat apa… nikan lagi mereka kena dugaan macam ni tiap2 tahun…?
emme’s last blog post..Malaysia Adalah Malaysia
Reply
adry : hehe tu la kan. cubaan dan rintangan di dalam bulan puasa plak tuh
Reply
affuan : hehe tu la pasal kan. ala kalau balik pun boleh lompat kan. hehe 🙄
Reply
izzat : hehe tu la kan. semua kena la turun padang kan 👿
Reply
penyubiru : hehe tu la kan. teruk ah diaorang tuh 😯
Reply
emme : hehe tu la kan. hujan lebat yang membawa kepada banjir. memang teruk ah. haha 🙄
Reply
hari sabtu tu memang menakutkan hujan kat penang ni… seharian hujan lebat angin kuat suma… mana tak banjir ngan tanah runtuh. tapi, jalan air itam balik pulau tu dari dulu mmg selalu jadi tanah runtuh kalo ujan lebat.
buzzybug’s last blog post..kad raya
Reply
buzzy : eh tapi kat masjid negeri tuh jarang banjir camtu kan. hehe 🙄
Reply
eh. mcm kembali ke theme lama aje..
hm. tau jugak hal tanah runtuh tu.
tensen ari sabtu tu seharian ujan tak henti2..
tak dapat keluar rumah
tak sangka ada bencana alam camtu..
myadlan’s last blog post..Minda Super
Reply
sodeyyy kannns..
en_me’s last blog post..oh fatimah
Reply
myadlan : hehe tu la pasal. theme baru ada masalah lepas kena godek2. tak leh recover. hehe 🙂
Reply
en_me : hehe tu la kan. sedih giler ah 😳
Reply
Kita haruslah mengambil berat tentang bencana alam ini.
Reply
syifaa : tuh la kan. banjir neh bukannyer boleh dibuat main2. hehe 🙂
Reply
kepada magsa bnjir byk2 kn berdoa…..
Reply
betul tu tapi kita juga perlu ambil pengajaran atau iktibar ats semua yg berlaku dimuka bumi allah ini
Reply
banjir lah
mls tentang banjir lah
x best
masalahan ada se
Reply
banjir je
ape nak jadi ni
Reply
MMMM…SKRG MANER ADER PEMIMPIN HEBAT MCM RASULALLAH DULU 2….KAN???
Reply