
Live Update: 3 Feb ’11, 8.37am PKT PST | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
sebenarnya aku dah terlupa yang esok ialah tahun baru cina di malaysia. memang terlupa langsung keadaan di malaysia bila kita berada di luar negeri ni. masa tengah- tengah makan, sedang asyik menikmati hidangan tiba-tiba tv menunjukkan acara sambutan tahun baru cina di negara tanah besar china.
barulah perasan yang rupanya esok tahun baru cina ya. jadi malam ni adalah acara makan besar atau big dinner atau dikenali juga sebagai reunion dinner. memang kami makan besar pun malam ini. makan pula di restoran cina. oh ya pakistan tiada cuti umum sempena tahun baru cina ya.
selamat tahun baru cina, gong xi fa chai kepada semua warga malaysia, tidak kira di mana anda berada. tahun arnab pula kali ni kan. kuala lumpur pasti lengang hari ni. semua pakat balik kampung. pandulah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang, cewwwaaahhhh hehe

13 responses to “Sotong Putih Sizzling Untuk Reunion Dinner Tahun Baru Cina Tahun Arnab | Kim Mun House | Islamabad, Punjab Province | Pakistan”