23.09.2008 @ 1745hrs
aku bertolak daripada pj ke gleneagles
ni mesti x sempat sampai untuk berbuka kan
jalan jam giler
daripada federal highway ke jalan bangsar ke jalan kinabalu
ke jalan sultan ismail ke jalan ampang
semuanya jam. semua sibuk nak bergegas ke rumah masing2
semua nak berbuka bersama keluarga
23.09.2008 @ 1845hrs
aku masih lagi tersekat dalam kesesakan lalulintas
inilah kehidupan di kuala lumpur
kalau tak jam memang tak sahkan. hehe
aku masih tersekat di jalan sultan ismail
memang lembap rasa semua kereta di keliling aku kali neh
23.09.2008 @ 1910hrs
aku rasa aku memang tak mampu nak sampai ke gleneagles
so aku decide nak berhenti kat mana2 stesen minyak
aku beli air kotak teh kekwa lagi. hehe
azan berkumandang. aku berbuka ala kadar sahaja
takde mood plak nak makan apa2. hatta roti sekalipun
23.09.2008 @ 1930hrs
aku sampai ke parking lot gleneagles
parking berlambak2. syukur. tak macam semalam kan
terus masuk parking
perut terasa lapar plak la
terus aku pergi ke cafe untuk carik kalau2 ada makanan
makan dululah kan. perut lapar kan.
23.09.2008 @ 1955hrs
aku naik ke level 1. wad icu nak melawat pakcik aku.
aku bagi ic. pengawal bukakan pintu
aku terus ke katil pakcik aku
pakcik tengah tidur. nampak lena
kadangkala mengigau keseorangan
waktu maghrib agaknya kan
aku tatap muka pakcik. nampak sayu je
mesin kat tepi menunjukkan yang jantung pakcik ok
tekanan darah pun ok. semua nampak ok
lampu dipadam untuk pakcik aku tidur
aku berdiri tepi katil dalam 15 minit
pastu terus aku keluar
biarkan pakcik aku tidur dulu
lukanya kena sembuh dahulu kan.
23.09.2008 @ 2030hrs
tiada siapa lagi di level 1
hanya beberapa manusia yang berkeliaran
mungkin mereka juga gundah gulana mcm aku kan
mungkin mereka risau akan sanak saudara masing2
aku mahu pulang <— lirik lagu ebit g ade
Kemanapun aku pergi
Bayang – bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
S’lalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri
Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab s’mua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian
—
sunyi je perkarangan gleneagles kali neh
adik aku takde
aku sorang je sekarang. huhu
doakanlah agar pakcik aku cepat sembuh
6 responses to “Silent Mode @ Gleneagles Intan VII”