Pewarisan Yasmin Ahmad – Episod Majalah 3 Yang Terbaik Pernah Aku Saksikan !

korang sempat ke tengok majalah 3 tadi eh ?

kalau x sempat, sila2lah tengok balik kat website tv3 or dowload je terus

tak.

aku tak nak sentuh pasal pemergian arwah yasmin ahmad

sudah ramai yang berkata2 mengenai kehilangan beliau

aku cuma nak sentuh sedikit tentang dokumentari yang dibuat oleh majalah 3 tadi

memang superb !

terbaik !

– – – – –

tak pernah aku tengok satu tribute hasil tempatan yang sebagus tadi

ianya setanding (jika tidak lebih hebat) daripada apa yang natgeo selalu paparkan

paling best part majalah 3 interview dengan ibu dan bapa arwah yasmin ahmad

aku sebak.

kalau korang tak sebak aku tak tahu lah kan

sedih ok.

dalam kegawatan masalah sosial, masih wujud elemen kekeluargaan yang erat rupanya di dalam masyarakat kita

banyak elemen penting yang boleh kita pelajari daripada kata2 ibunya

syurga memang di bawah tapak kaki ibu rakan2 sekalian

terharu aku mendengar kata2 seorang ibu yang dizahirkan sebentar tadi

antara yang aku ingat

“yasmin x pernah meninggikan suara, kalau tertinggi tuh, selepas tuh dia akan  cepat2 dtg sembah maknya balik”

“syurga di bawah tapak kaki ibu”

“saya nak mak mati dahulu” kenapa ? “sebab saya nak jaga dan sempurnakan mak nanti”

“i’ll try my best to make mother’s happy and you jangan buat mak tak happy” – kata2 arwah kpd adik2nya

– – – – –

tahniah pada team majalah 3

dokumentari yang sungguh relevan dengan suasana persekitaran kita

lagu kaer “izinkan ku pergi” mmg bertepatan sekali di akhir dokumentari tadi

suatu hasil garapan dokumentari yang cemerlang

– – – – –

arwah telah pergi meninggalkan kita

al-fatihah

cuma kita yang hidup perlu belajar dan teruskan kehidupan

hargailah ibu bapa kita sementelahan mereka masih ada

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 responses to “Pewarisan Yasmin Ahmad – Episod Majalah 3 Yang Terbaik Pernah Aku Saksikan !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.