aisey lepas kalah ngan pakistan dalam game yang serba pantas
aku mmg suka tengok game malaysia vs pakistan especially masa 1-1
lepas kena 1-2 dah mula hampeh sket kan. mental dowh ! hehe
malaysia kalah la plak ngan china
kali neh lepas 3-3 untill final whistle, malaysia kalah penalty

takde luck la plak dalam 3rd/4th placing kali neh kan
korea menang dengan pakistan 1-0
so korea akan terus ke world cup 2010 kat india
malaysia dengan team2 yang lain kenalah main qualifying round nanti
– – – – –
source here
KUANTAN – Impian Malaysia sekurang- kurangnya menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Hoki Piala Asia VIII, berkecai apabila kecundang 7-6 menerusi penentuan pukulan penalti kepada China pada perlawanan penuh dramatik di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini, semalam.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada masa sebenar dalam pertemuan menentukan tempat ketiga dan keempat, yang terpaksa diheret ke masa tambahan.
Debaran memuncak apabila kedua-dua pasukan turut terikat 3-3 selepas lima pukulan penalti sehingga memaksa pukulan ulangan penalti pusingan kedua.
Selepas lapan pukulan disempurnakan, kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan 6-6.