aku rasa aku kena coretkan sesuatu atas apa yang berlaku di dunia hari ini
aku rasa terpanggil untuk berblog tentangnya
rasa teruja pun ada. tapi tiadalah sampai tergamam.
aku akan cuba untuk berbahasa melayu sepenuhnya
maafkan aku kalau ada terkasar bahasa. tersilap bicara
terpegun tatkala mengarangnya. terpacul kata-kata
tersilap taipan barangkali. entah kenapa aku pun tak pasti
– – – – –
mula-mula sekali cuba anda semua dengar youtube cat stevens yang ini
hayatilah lirik-lirik pada bait-bait yang disulam melodinya
Lalalalalala…
Now that I’ve lost everything to you
You say you wanna start something new
And it’s breakin’ my heart you’re leavin’
Baby, I’m grievin’
But if you wanna leave, take good care
Hope you have a lot of nice things to wear
But then a lot of nice things turn bad out thereCHORUS:
Oh, baby, baby, it’s a wild world
It’s hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby, it’s a wild world
and I’ll always remember you like a child, girlYou know I’ve seen a lot of what the world can do
And it’s breakin’ my heart in two
Because I never wanna see you sad, girl
Don’t be a bad girl
But if you wanna leave, take good care
Hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there’s a lot of bad and bewareCHORUS
Lalalalala….
Baby, I love you
But if you wanna leave, take good care
Hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there’s a lot of bad and bewareCHORUS (x2)
sedih sahaja bunyi kata-kata cat stevens kali ini kan
ya kawan-kawan, dulu cat stevens kini yusuf islam
pendakwah bebas yang sungguh terkesan sekali sekarang
tapi bukan itu yang aku nak ceritakan di sini
cuma nak menyimpulkan apa yang terbuku di hati
– – – – –
aku nak ceritakan perihal kenapa cat stevens mencipta bait-bait mengirinya melodi indah mainan gitar nya
dunia ini indah. namun ianya fana. dunia ini luas tapi kita rasa sempit
lihatlah dunia pada hari ini
aku rasa semakin aku hidup semakin banyak kemungkaran yang aku saksikan
asam garam kah itu ?
perlukan aku saksikan kesemuanya sekali
kadang-kadang aku terfikir sudah hilang akalkah ummat manusia yang satu ini
kadang-kadang penat aku memikirkan kenapalah benda-benda ini terjadi
– – – – –
mengapalah ada kematian di muka bumi ?
mengapakah ada selesema babi ?
mengapa ada badut-badut politik yang membuta-tuli ?
mengapa kita mencemar alam sekitar ?
umpama kita lakukan tanpa sedar.
mengapa kita lebih suka berbalah ?
tatkala ramai lagi ummat yang susah.
apa sudah jadi dengan dunia pada hari ini
tiadakah manusia yang baik hati ?
kes ragut semakin menjadi-jadi mutakhir ini
ragut yang teruk sehingga ada yang perlu dikebumi
– – – – –
malaysia negara yang aman
saban hari kita dapat menghirup udara yang nyaman
keamanan begitu dekat sekali sehingga kita ada bukit aman
tapi kenapa berlaku banyak sungguh jenayah ?
adakah kerna masih ramai ummat yang susah.
pernahkah kita terfikir untuk menjadi muslim sejati ?
muslim yang menolong sesama saudara-saudari
aku rasa perkara pokok adalah famili
kalau tak, takkan ada frasa “segalanya bermula dari rumah”
rumah boleh jadi sampah
rumah boleh punah
rumah boleh dipenuhi sumpah seranah
– – – – –
aku tengok masyarakat dah semakin lupa diri
lupa akan keperluan masing-masing
kita terlampau mengejar duniawi
kadang-kadang kita lupa ukhrawi
hidup bukan untuk berjoli
hidup untuk berdikari. untuk menginsafi kejadian ciptaan Ilahi
tak cukupkah dengan harta yang kita cari ?
saban hari membanting tulang menaip dengan jari-jemari
melayari blog-blog terkini. mendengar rentak muzik terkini
– – – – –
aku ada satu azam tahun ni
nak lebih membaca dan memahami
tinggalan rasulullah daripada dahulu sehingga kini
sebab aku tahu
tuhan maha mengetahui
jadi bacalah kitab tuhan yang diwahyukan kepada nabi kita
kalau bukan kita, siapa lagi akan membacanya ?
alih-alihkan tetikus, janganlah rakus
tepuk dada, tanya selera
tengok dahi, tanyalah hati
inilah masa untuk ingat mengingati…….
p/s – terngiang-ngiang lagu cat stevens dalam kepala aku sekarang….
Oh Baby Baby It’s A Wild World…..
It’s Hard to Get by Just Upon a Smile….
But Just Remember There’s a Lot of Bad and Beware !

6 responses to “Oh Baby Baby It’s A Wild World…..It’s Hard to Get by Just Upon a Smile…. But Just Remember There’s a Lot of Bad and Beware !”