korang pernah dengar perkataan nasi ambang atau nasi ambeng?
kalau kat johor memang fames giler nasi ambang neh. asalnya daripada jawa, kalau tak silap aku la kan. nasi ambang ni kalau kat johor boleh dimakan di dalam dulang semasa berbuka di masjid/surau. satu dulang dalam 4 orang makan. makanan ni kering je. ada nasi, tempe goreng, ayam goreng, sayur kacang, ikan bilis, ikan masin etc. semua bahan2 dia di masak kering dan kurang berkuah supaya senang nak bawa balik dan senang kalau makan dalam kapasiti 4 orang.
kalau kat johor memang disediakan plastik kat sebelah kita masa kita nak menikmati nasi ambang neh. so that kalau lepas kita makan and then tak habes plak, kita boleh bungkus bawak balik rumah. ye la kan, siapalah yang nak makan sisa2 kita yang tak habes tu kan. hehehehhe
so masa jalan2 kat bazaar ramadhan melawati hari tuh, aku ternampak plak gerai yang jual nasi ambang. terus aku beli rm5 sebungkus. memang berbaloi sebab nasinya ngan isi2nya memang sedap. terkenang plak masa makan nasik ambang kat johor dulu2. hehehehee
ni la menu berbuka puasa 2 ramadhan 1428h hari tu. silalah jamah. heheheeh
gambar yg last tu la nasi ambang ya 🙂
4 responses to “nasi ambang dalam kenangan?”