Kenangan SRK Gombak 2 @ 1984-1989 – Memori Part I

semua orang ada kenangan masing2 masa sekolah rendah kan

hehe biasanyer aku catitkan

(catit bukan taip ok) kenangan sekolah menengah

tapi kali neh aku nak taipkan sket pasal kenangan di sekolah rendah plak

kenangan bersekolah di sekolah rendah kebangsaan gombak 2

@ srk gombak 2 (kini sk gombak 2)

– – – – –

lokasi sekolah aku kat dalam negeri selangor

sekolah aku sangat famous ok

lebih dahulu famous daripada iklan petronas pasal kasut gombak

sekolah aku ni kat jalan gombak

dekat je dengan taman ibu kota. dekat gak ngan pasaraya ong tai kim sekarang ni

sekolah aku sempadan antara selangor dengan kl ok

sekolah ni ada 3 main block je masa tuh

owh lupa na habaq, sekolah aku berkongsi bangunan dengan srk gombak 1

– – – – –

aku ingat lagi masa darjah 1

masa tuh darjah satu adalah dalam 4 kelas sahaja

1 merah, 1 biru, 1 kuning dan 1 hijau

ada 4 warna sahaja. senang nak ingat bukan ?

takdelah mcm sesetengah sekolah dengan pelbagai nama kelas

sampai ibu bapa pening. budak2 darjah 1 apatah lagi kan

aku dok kat dalam darjah 1 hijau.

ada ramai kenalan masa berumur 7 tahun tersebut

antara yang aku ingat ialah nurazlan ngah (anak orang asli yg pandai ni), jamaluddin zainal abidin etc (yg lain2 x hengat la plak)

– – – – –

tak banyak kenangan yang aku ingat masa neh

ye lah kan umur pun baru je 7 tahun

zaman ni manalah ada kamera dan telefom bimbit

yang ada hanyalah papan hijau, kapur putih dan kapur warna sahaja

nostalgia kan pakai kapur tulis di papan hijau

masa tuh kalau ada apa keraian macam majlis2 harijadi ke

pasti papan hijau akan diwarnai oleh kapur2 warna yang pelbagai warna

sungguh warna-warni kehidupan pada masa tuh

korang murid tahun 80an mesti ingat akan kapur tulis neh kan

omputih panggil chalk.

lepas tuh kalau menulis di papan hijau, cikgu mesti pakai pembaris kuning yang panjang 1 meter dan tebal plak tuh

cikgu akan pegang pembaris tuh dengan pemegang pastu buat garisan

kadang2 cikgu guna nak sebat murid2 sekali

scary dowh ! haha

– – – – –

lencana (badge) sekolah pun senang je nak ingat

bentuknya bulat. ada 2 warna sahaja, hijau dan kuning

pengawas kat sekolah rendah aku pakai baju warna kuning dengan tie warna hijau

sungguh striking kan.

hehe tapi aku belum jadi pengawas lagi lah

masa tuh baru darjah 1 ok

– – – – –

kat sekolah aku ada pokok ketapang yang besar

memang besar giler

aku rasa pokok tu takdelah besar mana

cuma sebab aku kecik lagi, tuh yang aku rasa pokok ketapang tuh besar giler

bawah pokok plak ada tempat duduk

ala2 grandstand mengadap padang yang selalu banjir bila hujan lebat

bila aku sekolah petang (ya dulu ada 2 sesi pagi petang)

aku akan sampai awal jugaklah ke sekolah

sekolah masuk kul 1.30ptg rasanya (luper dowh)

bila sampai awal aku dengan member2 aku akan melepak lah kat bawah pokok ketapang

kadang2 kitaorang chit chat leisure adjer

ada beberapa kali buat homework (sempat lagi kan)

kadang2 main2 kat pasir depan grandstand baru bawah pokok ketapang tuh

permainan apa yang kami main ?

hehe ini reserve untuk entry akan datang lah ok

kasi saspens sket

– – – – –

aku takleh lupa satu incident dilempang (ditampar) oleh cikgu masa darjah 1

masa tuh dalam kelas muzik agaknya

kan kita semua diberikan alat muzik.

ada  yang tiga segi (besi) kena ketuk2 tuh

ada yang kat tapak tangan (bunyi berketip2)

ada yang main dengan mcm piano tapi berdiri

masa tuh aku ingat lagi murid kat depan aku kena main alat muzik tuh

cikgu muzik aku yang suruh

sekali mamat tuh pun mainlah alat muzik dia.

haha main sungguh hentam keromo. satu melodi pun takde

semua satu class pakat gelak

cikgu muzik bengang giler dowh. terus pergi kat mamat tuh and then tampar (mungkin cubit juga)

aku dengan selamba nyer cakap padan muka kat mamat tuh

sekali cikgu muzik aku dengarlah plak

haha dengan hikmat api surga meragut lalang ladang ke-9

terus cikgu muzik tuh tampar aku plak.

kena sedasssssssssssssss amik ko !

tapi biasalah kan hero mana boley nangis. hehe

terima kasih cikgu kerana melempang saya

kalau tidak, takdelah idea untuk menulis edisi I kenangan srk gombak 2 ni kan

– – – – –

mungkin akan bersambung di entry yang lain

itupun kalau aku ada masa… hehe

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 responses to “Kenangan SRK Gombak 2 @ 1984-1989 – Memori Part I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.