Jom Belajar Tafsir Al-Quran Ramadhan 1430H – Surah Asy-Syams (سورة الشمس), Surah ke-91 dalam Al Quran

tadi aku ada terbaca pasal surah neh

terasa nak tahu plak apa makna2 kan. hehe 🙂

mari kita baca salah satu surah hari ni ya

click je kat youtube kat bawah ni kalau nak baca surah asy-shams (91) ni

semua source dari sini ya

sedikit keterangan berkenaan surah ni :

Surat Asy-Syams (سورة الشمس) adalah surat ke-91 dalam Al Quran, terdiri atas 15 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al-Qadr. Dinamai Asy Syams (matahari) diambil dari perkataan Asy Syams yang terdapat pada ayat permulaan surat ini.

Allah menceritakan dengan terperinci perihal kejadian malam/siang dan adanya matari/bulan

bagaimana Allah melaknat kaum Tsamud. Bagaimana kita sebenarnya menentukan nasib kita dan Allah jua yang ada pengakhirannya kan. hehe 🙂

antara isi kandungan surah neh berkaitan dengan perkara2 seperti di bawah

  • Kaum Tsamud telah dihancurkan Allah kerana kederhakaannya.
  • Tuhan memberi bayangan bahawa hal ini adalah mudah bagi-Nya,
  • sebagaimana mudahnya menciptakan benda-benda alam, siang dan malam, dan menciptakan jiwa yang tersebut dalam sumpah-Nya;
  • Allah memberitahukan kepada manusia jalan ketakwaan dan jalan kekafiran;
  • manusia mempunyai kebebasan memilih antara kedua jalan itu.
  • Surat Asy Syams berisi dorongan kepada manusia untuk membersihkan jiwanya agar mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat dan menyatakan bahawa Allah akan menimpakan azab kepada orang-orang yang mengotori jiwanya seperti halnya kaum Tsamud.

jom sama2 check it out makna surah Asy-Syams (سورة الشمس)

macam2 kita boleh belajar dengan mengetahui makna surah2 pendek sebegini

  1. وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, (QS. 91:1)
  2. وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا dan bulan apabila mengiringinya, (QS. 91:2)
  3. وَالنَّهَارِ إِذَا جَلاهَا dan siang apabila menampakkannya, (QS. 91:3)
  4. وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا dan malam apabila menutupinya, (QS. 91:4)
  5. وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا dan langit serta pembinaannya, (QS. 91:5)
  6. وَالأرْضِ وَمَا طَحَاهَا dan bumi serta penghamparannya, (QS. 91:6)
  7. وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya) (QS. 91:7)
  8. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, (QS. 91:8)
  9. قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9)
  10. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)
  11. كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا (Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) karena melampaui batas, (QS. 91:11)
  12. إِذِ انْبَعَثَ أَشْقَاهَا ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka, (QS. 91:12)
  13. فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا lalu Rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka: (Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya. (QS. 91:13)
  14. فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْبِهِمْ فَسَوَّاهَا Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Rabb mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah) (QS. 91:14)
  15. وَلا يَخَافُ عُقْبَاهَا dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakan-Nya itu. (QS. 91:15)

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.