dah lama rasanya tak buat blog pasal destinasi bajet kat 8tv kan. hahahaha. salah satu sebabnya ialah destinasi bajet dihentikan sekejap untuk memberi ruang pada nokia n95 wireless adventure tuh. boring tul. aku punya la tunggu2 depan tv sekali yang keluar wireless adventure. heh! x adventure langsung kan. sori ar pada semua peminat nokia n95 tuh!
okeylah tadi masa aku main2 ngan remote control astro aku ternampak yang destinasi bajet akan ada la plak malam nih. ahaks. punyalah girang beta malam ini. huahuahua.
so apalaga kan, ni la masanya nak berblog secara realiti. jarang ada blog secara realiti kat malaysia nih kan. so sambil aku tengok destinasi bajet kat 8tv, sambil tu la aku berblog. so lagi 5 minit nak start ni beb! jangan kacau guan ok!
kali ni qi & destinasi bajet 8tv pergi ke terengganu ya!
rm100, rm200, rm300. dengan jumlah ni kita boleh pergi ke mana saja! ni kalau bayar bil eletrik etc semua boleh habis. hehehhe amende lah si qi ni mengarut kan. hehehehe tapi mamat ni memang lawak la. aku suka ngan aksi bersahaja dia nih. memang seswai lah ngan rancangan destinasi bajet yang sememangnyer sempoi beb!
kalau nak datang ke kuala terengganu ni bolehlah kita naik bas. kita akan berhenti kat stesen bas kat majlis perbandaran kt. lepas tu si qi ni naik teksi ke pantai batu buruk. dia nak stay kat sini la kot. tambang teksi tadi just rm6 je. kali ni qi stay kat resort yang nampak decent la sket kan. hehehehe. seri indah resort la qi stay kali nih. macam best je resort ni kan.
seri indah resort
rm69 je beb semalam! murah giler la. camnih aku pun nak pergi melancong ala2 bajet ni kan. hehehehe. siap bilik dia dia yang besar dan rasanya boleh kongsi 3 orang. besar gak toilet dia kan. hehehe. semua complete lah. qi memang semua complete bagi dia. aku rasa memang murah la resort nih kan. mana nak dapat semurah ni kat mana2 kan. hehehehe
perusahaan tembaga
10 minit je jalan kaki dari hotel tuh. qi pergi kat bengkel kraf tembaga. macam best je kan. hehehehe. kelongsong meriam ataupeluru lama pun buat daripada tembaga. siap nampak bara lagi tuh. keris pun buat kat sini beb! ni hasilnya keris! hehehhe. panas beb kat area sini. brader
tenun songket sutera
naik teksi daripada kt ke kawasan tenunan songket kg gong tok nasir. semua perusahaan buat kat rumah2 persendirian la. semua diimport daripada negara china la benang2 dia kan. harga songket mahal beb! siap beribu2 beb! heheheh untuk qi, tengok pun jadilah kan. hehehehe. terbuka topi melambung
keropok lekor losong
sebut je terengganu, memang lah kena pegi makan kat losong. heheheeheheh best siot kat area sini. bolehmakan keropok lekor. qi siap buat recording cara2 nak buat keropok lekor sekali beb! kawasan menggentel keropok lekor pun qi dah buat. heheheh lawak la plaks. ahaks. keropok lekor dalam rm2 je beb! murah
muzium terengganu
naik bas ke muzium hanya rm0.80 je la. murah siot. batu bersurat terengganu ada kat sini beb! 1887 dijumpai. dah dekat 200 tahun lar. batu ni bukti kedatangan islam ke terengganu. si qi siap berpantun sekali beb! lawak la plaks. ahaks. kain songket yang berkualiti pun ada dipamerkan kat muzium ni kan. muzium ni yang terbesar kat asia tenggara tau! hahahahha
perusahaaan membuat bot
qi pergi ke pulau duyong. sempat lagi melawat tempat membuat bot kayu beb! hehehehe memang best nih wei. bajet satu bot dalam rm4 juta beb. lawa siot bot kat sini. qi siap masuk dalam bot yang separa siap tuh. memang lawa la. dah macam hotel dah bot ni kan. “bayangkan satu hari bot ni akan merentas lautan, mungkin sampai ke german kan, tapi ingat saya dah masuk dalam ni kan” heheheh buat lawak la plak si qi kan. heheheheh. siap buat aksi2 titanic plaks. ahaks
nasi dagang
qi pergi ke medan selera pantai batu burok. makan malam yang best siot. nasi dagang semua rm4.50 je beb! murah lar kan. nampak sedap la plak kan.
hari ke-2
pulau kapas
qi naik bas ke jeti marang plak. dalam 30 minit. je beb. kali ni nak ke pulau kapas plak. huhuhuhu best tu kan. chalet makcik gemuk. qi tinggal kat kapas resort. murah beb! pakai kipas je, tandas pun bersih kan. heheheh. bersih! ok! bilek pun dah puas hati kan. aku rasa nak buat camtu gak la nanti. buat 1 night je trip ke setiap pulau2 kat terengganu tu kan. hehehehe
snorkelling trip
aktiviti yang x boleh miss kalau sampai kat sini mestilah snorkelling kan. heheheh. dalam sewa bot rm10 je beb! huhuhuhu aku memang hantu snorkelling beb! “kita masuk eh” hahahah qi buat lawak sebelum terjun kat pulau kapas tu kan. heheheh. dulu2 masa kat pulau2 tuh, memang snorkelling tak hengat dunia la. selagi matahari tak terbenam, selagi tu lah aku akan berada dalam air sambil snorkelling dan melayan ikan2 berenang. takut ngan jellyfish je beb!
nasi goreng pulau kapas
kat kapas garden resort ni ada nasi goreng special beb! qi siap order sekali kan. siap ada demo nak buat nasi goreng pulau kapas dengan air jagung pulau kapas. “jangan jadi kapas sudah” hahahahaha. amendelah lawak tengah hari si qi ni buat kan. huhuhuhuhu. apa2 pun memang nampak sedap la nasi goreng special pulau kapas tu kan. sekali teguk ngan air jagung plak kan. hahahahaha.
lepak2 kat buaian lepas lunch
qi siap lepak2 kat atas buaian tuh.bersantai dalam buaian merah sambil tidor tengah hari tu kan. heheheh. sesekali kalau dapat rilek2 camni. lari dari kesibukan kota. huhuhuhu memang rileks la wa cakap lu kan. bestnyer kalau selalu dapat camtu kan. heheheheeh aku gi perhentian ngan redang pun melepak gaks dulu. ahaks 🙂
beach trekking
wah ni aku belum pernah buat lagi kan. heheheh. rm5 je bayar kali ni kan. siap qi masuk gua lagi lah. buat lawak gua kelam la plaks kali ni kan. “take 5” kat sini beb! huhuhuhu. siap memanjat kat sampai ke lighthouse plak kan. masuk hutan. memang penant. “akhirnya sampai jugak kat puncak lighthouse”. heheheheh amendelar kan. tapi memang lawa la view daripada atas ni memang lawa la kan! x dapat nak explain dengan kata2 la kan. hehehehehe kena tengok sendiri lar
beach volleyball
qi siap join je bebudak kat situ main beach vollehball kan. free je beb!
mencandat sotong
wahhhhh ni la paling best kan. rm40 satu kepala kalau nak pegi kan. hehehehehe best nyer kalau aku boleh pergi sekali kan. qi beruntung la dapat mencandat sotong tuh. macam main gasing lar! amendela qi ni kan. hahahahaha. macam best je kan. ishhhhhh besar siot sotong yang qi dapat tu kan. saiz sederhana kan. wahhhhh banyak siot mereka satu bot dapat sotong. mencandat lepas maghrib sampai ler ke suboh kan
sotong bakar
wahhh special la kali nih. sotong yang dicandat sendiri dibakar ala2 bbq kan. huhuhuhuhu memamng simple dan best. nasi putih dan sotong bakar
hari ke-3
breakfast roti bakar & teh tarik
last day qi balik ke jeti marang. makan roti bakar ngan teh tarik. sedap siot. “bajet under control!”
pasar payang
lokasi terakhir ialah pasar besar payang. hehehehehe memang best la kat sini. aku pun pernah sampai. aku pernah beli songket rm500 kat sini beb! lawa2 siot. heheheh aku nak tengok amenda la yang qi akan beli kat sini kan. hahahhaha. sure bajet x cukup tu kan. rm15 je baju kelawar tu kan. hehehehhe. periuk kukus pun ader. batik siap jahit rm10 je beb! hahahahahhah qi beli seluar petak2 dapat la dalam rm20 kan. seluar pelikat tu kan
itulah dia terengganu darul iman.
dengan rm300 siap boleh beli cenderahati lagi kan. hahahahahaah. qi siap ending naik beca lagi dan pesan kat pakcik tu supaya off you go to kuala lumpur. heheheheh memang best la kali ni kan. dengan rm300 cuba la korang tengok berapa banyak tempat yang si qi pergi melawat kan. hehehehe
best la kali ni kan. siap mencandat sotong lagi tu beb!

7 responses to “destinasi bajet 8tv @ season 1 episode 9 – TERENGGANU!”