bila saya baca blog dr shah pasal percutian ke kuala selangor 1 & percutian ke kuala selangor 2 semalam. teringat plak pada treasure hunt pakatan tnb 2006. route dia dari tnb bangsar ke masjid bersebelahan dengan chalet fireflies kat kuala selangor.
lepas treasure hunt tu saya berniat juga la nak bercuti ke kuala selangor. sekali hampes je! 🙂
tak sangka pula kl-kuala selangor hanya dalam 90km. dekat kan!
sepanjang perjalanan ada jual bantal kekabu. selama ni saya, kalau nak beli bantal kekabu akan ke kuala kangsar. rupa2nya di kuala selangor pun ada bantal kekabu la. agaknya tempat2 nama mula dengan kuala ada jual bantal gamaknya 🙂
macam best je kan kalau dapat bercuti ke kuala selangor. antara aktiviti yang boleh dirancang ialah
- meronda naik bot kat sg selangor (waktu malam & siang)
- menjejak ke tempat2 dan route masa treasure hunt pakatan tnb 2006 dulu. mengimbau kenangan la kan!