Category Archives: jalan2x + melancong

mendaki bukit tabur, taman melawati?

siapa pernah mendaki bukit tabur di taman melawati ini? dengar cerita terdapat pemandangan yang menarik di sini. di sinilah boleh disaksikan pemandangan matahari terbit yang memukau. dan juga pemandangan empangan klang gate. di antara empangan yang terawal di malaysia. sungguhpun saya tinggal di taman melawati, saya belum berkesempatan lagi untuk mendaki bukit batu kapur ini. mungkin satu hari nanti ya 🙂

lihatlah video yang telah dirakam oleh pendaki2 bukit tabur ini. memang best dan mengujakan bukan? 🙂

Loading

sungai sedim canopy walk & river

tetiba terasa nak pergi ke sungai petani dan menjelajah ke sungai sedim canopy walk yang tinggi tuh. mungkin juga akan mandi-manda di sungai sedim yang best nih. emmmmm bila la nak pegi eh? kena ada proper planning ni kan. 🙂

click at the above pictures to visit the original link 🙂

Loading

naik menara kl dengan rm10?

percaya atau tidak. dengan hanya rm10, anda akan dapat menikmati pemandangan kl dari udara. ya memang murah kan? semuanya ini akan termakbul sekiranya anda menunjukkan mykad kesayangan anda di kaunter menara kuala lumpur @ kl tower. betul la. takkan saya nak tipu kot. ini bukan cubaan. ini betul2 la. hampes la kepada sesiapa yang tidak perchaya kepada saya. rm10 bukan rate weekdays. ianya rate pada hujung minggu. ia ianya adalah rate pada hari sabtu. bukan hari selasa 🙂

hampir dekat 2 jam juga saya berlegar di observation deck atau obdeck memerhatikan keadaan sekeliling kl daripada pandangan burung. memang mengujakan dan mengasyikkan bukan. sungguh indah kl ini sebenarnya. tidaklah seburuk yang disangkakan.

apa tunggu lagi, cubalah! jom jalan2 sekitar kl 🙂

Loading

terasa nak kembali ke cameron la :)

macam menarik je offer ni kan

jika gambar terlampau kecil, sila klik imej untuk tengok yang lebih besar dan lebih mengujakan! 🙂

terasa nak menikmati teh panas di cameron lagi la 🙂

Loading

scuba diving @ sipadan island malaysia

adussssss. saya teramatlah suka dengan videoclip ini. walaupun saya belum pernah buat aktiviti scuba diving ini, saya cukup teruja menyaksikan videoclip ini.

memang indah pulau2 di malaysia kan. tahun 2005 saya berpeluang ke pulau redang. memang best. dengan ikan2 yang cuba menggigit kita. kita beri makan roti dengan ikan2 tropika di sekeliling pinggang.

marine park pulau redang memang superblah!

bilalah saya akan berpeluang untuk ber scuba diving seperti mereka2 di dalam clipvideo ini eh?

antara lokasi scuba diving dan snorkelling yang terkenal di malaysia ialah di pulau redang, pulau perhentian, pulau tioman, pulau sipadan, pulau kapalai dan banyak lagi la. sunggu indah rupanya malaysia ni kan? 🙂

Loading