lo dah lama dah destinasi bajet ni rupanya ya
RM300 = 3 hari bercuti
Oleh Fairuz Zaidan
LUMRAH kalau ingin bercuti, tentu bukan sedikit wang dibelanjakan untuk membayar pelbagai kos perjalanan, penginapan serta makanan sepanjang percutian. Tidak kiralah sama ada percutian di dalam negara mahupun luar negara, ‘ongkos’ semestinya perlu tebal!
Namun, bagaimana pula jika anda hanya mempunyai RM300 dan merancang untuk bercuti selama tiga hari? Mampukah dengan sejumlah wang itu untuk menampung kesemua kos percutian selama tiga hari?
Tentu berfikir dua kali bukan?
Sebaliknya, begitulah cabaran yang dilalui Qushairi Mohammed Razali selaku pengacara ‘Destinasi Bajet’ yang menemui penonton 8TV setiap Rabu, 9.30 malam mulai 25 April 2007 ini.
Berbekalkan cuma wang sebanyak itu, Qushairi atau lebih mesra dengan panggilan Qi (sebutan Chi) akan membawa penonton ke beberapa destinasi di Malaysia untuk melancong.
Qi turut memberi panduan mengenai percutian bajet, seterusnya memberikan tips berguna buat seseorang untuk menikmati kepuasan bercuti dengan sumber kewangan yang terhad.
June 7th, 2007 at 3:27 pm edit
Ha ha ha…Thank you brader… nak cuti kat Malaysia nie, murah je…tapi saya rasa terharu bila baca blog kau ni…tak sangka la pulak orang nak blog pasal show ni…tengok destinasi Terengganu…lagi best…:)
next week, kita ke Ipoh!!!!