Category Archives: jalan2x + melancong

Terasa Teringin Nak Naik Keretapi Dari Shanghai ke Lhasa (Tibet), Lepas Tu Ke Nepal!

Seronok kalau dapat naik keretapi dari Shanghai ke Lhasa, lepas tu ke Nepal mcm ni kan, jauh perjalanan luas pemandangan. Tak tahu plak yang area Lhasa tak boleh nak snap pictures atau record video. Banyak juga askar China di Tibet. Tahun lepas masa planning nak naik train Transsiberia perasan jugak pasal train express Shanghai-Tibet ni. Apa-apa pun train ni nampak simple, walaupun dua hari perjalanan ke Lhasa tu beb! Masak la nak dok dalam train 2-3 macam tuh kan 🙂

Apa-apa pun aku memang suka dengan keretapi. Bukannya apa, senang duduk dalam tu. Semua kemudahan ada kan. Tandas dengan makanan/minuman semuanya ada. Lepas tuh tak perlu fikir pasal high altitude. Bunyi keretapi walaupun bising kadang-kadang mendamaikan juga. Kalau tak pastilah tak boleh tidur dalam keretapi ni kan. Cuma aku tak pasti dalam keretapi sekarang ada wifi atau tidak. Kalau ada bagus juga. Boleh update blog atau lokasi terkini keretapi.

Time Lapse Yang Paling Menarik ! – 17 Countries. 343 Days. 6237 Photographs. One Incredible Journey

wow! tak pernah lagi aku tengok time lapse yang sungguh cool macam ni kan

boleh around the world in 5 minutes je. macam-macam tempat ada dalam time lapse ni

ni yang terasa nak menjelajah ke dunia luar ni. dok terperap dalam negara pun x guna juga kan 🙂

jauh perjalanan luas pemandangan, betullah kata orang tua-tua tu.

let’s pack! let’s get lost! NatGeo Adv!

Loading

Snow Photography Tips 2012 – Walaweiiii Dah Tak Sabar La Nak Main Salji !

tahun lepas aku main belasah je snap salji dengan digicam sony

tahun ni lepas dah ada dSLR ni kena la belajar sket2 kan. white balance? apakah!

nak cober dSLR ni pun bukannya senang. kalau snow tebal sangat susah gak ni

apa2 pun mari kita belajar dulu cara2 nak snap gambar dalam snow yang cun melecun!

sebenarnya susah jugak la nak snap pic dengan video dalam snow ni tau

sebab area keliling memang putih je. so camera akan confuse dgn white balance

kalau snap pakai flash terus gambar akan jadi gelap. tapi kalau pakai flash boleh nampak salji!

lagi satu kena cover camera gak takut mist dengan basah sebab salji ni basah sebenarnya hehe 🙂

Loading

Adik-Adik. Sila Jangan Malas-Malas Ke Sekolah Ya – Tengoklah Dokumentari Ini – In The Heart of Himalaya – Zanskar Valley – India

perghhhhh susah tu nak pergi sekolah dalam 100km dari rumah

dalam keadaan bersalji, kena menghari sungai yang beku, air yang sejuk menggila

memang penuh cabaran. and you think it’s difficult to go to school at your area?

think again!

i did cried watching their journey to school. 6 days braving the freezing cold on ice!

Loading

Journey through the Himalayan Mountain Ranges – Documentary by BBC – The Himalaya • Pakistan – India – Tibet – Nepal – China – Bhutan

lepas tengok documentary ni rasa macam nak naik train la kat pakistan ni

macam je mamat ni naik train kat area khyber pass kan. khyber railway ni memang famous

tapi tu suatu masa dahulu la. now dah tak boleh nak naik dah. tourist tak bebas lagi

saksikanlah dokumentari oleh BBC ini, betul lah kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan

aku dah tak boleh sampai ke tempat2 yang disebutkan dalam dokumentari ini atas faktor keselamatan. mungkin kalau nak pergi pun kena ada kebenaran khas daripada kementerian luar pakistan atau kementerian dalam negeri yang juga dikenali sebagai No Objection Ceetificate atau NOC.

jadi dapat tengok dokumentari pun jadilah kan. dari peshawar ke derra adam khel ke bhutan dan seterusnya ke bangladesh. menarik la perjalanan mamat ni melalui kesemua mountain ranges. naik keretapi steam. melangkau ke shandur pass di antara chitral dan gilgit. memang menjadi idaman aku nak sampai ke shandur pass tu ya. hehe 🙂

Loading