hehe aku rasa mcm aku pernah sampai la kat sg lembing neh
aku perasan signboard dia masa aku singgah kuantan dulu2
apa ada kat sg lembing ?
tidak. bukan lembing ok. hehe
kat sini ada lombong yang telah lama ditinggalkan
aku rasa tempat2 mcm neh lah yang perlu kita gazette kan sebagai kawasan pelancongan
bolehlah kita belajar sedikit sebanyak pasal sejarah sg lembing kan
aku for surelah akan singgah sini kalau aku pergi kuantan lagi
see ! banyak siot tempat2 menarik kat malaysia nak kita terokai dan kunjungi kan
cuma nak tak nak je lah ! hehe
sumber – berita harian
Lombong bijih timah Sungai Lembing terus dilupakan selepas berjasa kepada ekonomi England
UMPAMA memasuki bilik kecil yang dipasang penghawa dingin 24 jam tanpa henti, begitulah sejuknya udara di dalam terowong bijih timah ketika memasuki bekas lombong di Sungai Lembing, Pahang, kira-kira 40 kilometer dari Kuantan.
Tanggapan awal mungkin suhu di dalam lombong itu panas disebabkan kedudukannya jauh ke dalam bukit dan ke dalam tanah jauh meleset kerana kawasan perlombongan yang wujud sejak lebih 100 tahun dulu sebenarnya sudah dilengkapi sistem penghawa dingin menggunakan alam semula jadi.







