caramel pudding @ bazaar ramadhan taman melawati

kalau siapa2 jalan kat bazaar ramadhan kat taman melawati, mesti perasan yang ada satu gerai ni memang specialise buat caramel pudding. memang sedap giler pudding dia. gula hangus dia memang kaw2 siot. memang melt in the mouth la omputeh kata. kalau letak dalam peti ais then makan, lagi la sedap. so sapa2 nak merasa caramel pudding yang paling best in town bolehlah ke bazaar ramadhan taman melawati. hehehehhe

ni la jugak juadah berbuka masa 4 ramadhan 1428 hari tu.

memang sempoi je. heheheh x sempoi ke eh?




perghhhhh cam sedap je kan otak2 tu dibakar camtu. dah lama rasanya aku tak merasa makan otak2. last sekali masa kat jb lah kot. otak2 neh sebenarnya sedap kalau dimakan dengan mee rebus. fuhhhhh pasti terangkat beb!

roajk ni pun cam sedap je. terliur siot. tapi aku tak beli la kan. sebab aku tau kalau aku beli surelah tak dapat nak habiskan rojak ni sebab bulan puasa ni x lalu nak melantak rojak. tak masuk dek tekak orang kata 🙂

masa kat bazaar ramadhan je kita akan nampak ramai giler orang jual lai chee kang neh. memang sedap la lai chee kang brader neh. aku dah cuba dah hari tuh. memang lengkap lai chee kang dia. serba serbi cukup la. xde la manis sangat dan xdelah banyak sangat ais dalam tuh


giler banyak lauk-pauk kat bazaar ramadhan neh. memang rambang dibuatnya. semua orang ada share masing2. so x perlu la kalau nak berebut2 ke aper. sebab makanan semua memang cukup. malah mungkin akan membazir gak kut. hehehehe


ni memang favourite aku masak asam pedas. perghhhh yang ni memang style masak asam pedas melaka la kan. takde lah pekat sangat asam pedas dia. kaler pun cun jer kan. hehehehe meleleh ayaq liur la camneh kan. hehehehe

kat bazaar ramadhan taman melawati lagi satu yang fames giler ni ha. gerai ikan bakar nelayan. memang sure terbatuk2 nyerlah kalau lalu depan tuh. siap dengan asap2 semua. memang kaw2 je aku tengok. tapi aku tengok ramai sangat la yang beratur. tu yang terus x jadi nak beli tuh. lain kali la brader aku beli ikan bakar ko eh. hehehehee


ni la air lai chee kang aku beli tadi. memang sedap la. xde banyak ais plus xde lah manis giler macam sesetengah lai chee kang yang aku beli kat gerai2 lain tuh.

ni la caramel pudding yang aku beli kat gerai fames kat bazaar taman melawati macam kat atas tu kan. korang cuba la. sure nak lagi beb!

ni plak kurma jenis rotab. yang lembut je isi dia. lain giler ngan kurma tunisia yang aku beli 1st ramadhan hari tuh. hehehheeh

ni plak kurma tunisia. memang dalam tangkai lagik tuh. memang sedap la. xdelah keras sangat or lembut sangat macam kurma2 jenis rotab tuh kan. hehehehe


hahahahaha ni la asam pedas kegemaran aku. best kan. 🙂

ni la samosa. atau karipap 3 segi berintikan daging dan ayam. memang best dimakan semasa panas. kalau dah sejuk mungkin akan keras la sket kan. heheheeheh apa lagi, pergi la beli weiiiii

ni acara sampingan udang masak sambal. mahal dowh. lepas ni x nak beli lagi la kat gerai tuh. aku rela beli udang sendiri masak sendiri sure lagi murah kan.

ni sayur masak lemak. sayur apa ntah. hehehehe

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “caramel pudding @ bazaar ramadhan taman melawati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.