Apakah Enam Pelaburan Anda Yang Paling Bernilai Sehingga Kini ?

hehe hari tuh kan bro zaki aka cyza sector dah tag aku plak

dia dah senaraikan 6 investments dia yang paling dia rasa berbaloi membeli atau dia dapat

kali neh biar aku plak yang buat posting balasan. hehe :mrgreen:

ni la dia 6 investments yang aku rasa paling berbaloi untuk aku setakat ini

handphone sony ericsson k810i

aku baru pakai handphone neh dalam tahun lepas rasanya. dulu mula2 aku pakai nokia 3210.

best siot nokia tuh. memang melekat je lah kat tangan aku kan.

hehe pastu aku tukar ke nokia 3310. ala yang boleh pusing2 bila vibrate tuh. hehe.

pastu aku pakai sony ericsson t610i. kecik giler handphone tuh.

tapi puas hati sebab 1st time aku pakai hp ada camera kan.

hehe asyik jatuh je handphone neh tau. sekarang aku pakai sony ericsson k810i.

kalau korang perasan ada banyak gak la gambar2 dalam blog neh yang pakai sony ericsson k810i neh.

hehe especially gambar2 makanan tuh semua.

takde masa la aku nak bawak digicam ke sana ke mari kan. haha.

lagi satu aku suka sebab boleh surf the net via opera mini.

boleh amik gambar and then post direct ke flickr.

pastu boleh check company’s email and gmail. ada 3g. memang cool lah.

hehe camera pun powerful gak. flash mantap.

design trampil. haha dah macam iklan berita harian la plaks. ahaks.

laptop hp pavilion dv2031tu

dulu aku mula2 beli laptop dengan duit sendiri tahun 2003. beli compaq evo n1000v.

best giler time tuh. rasa dunia aku yang punya. haha pastu 2006 aku tukar ke hp pavilion dv2031tu neh.

memang cool. puas hati beb pakai laptop power neh.

aku sebenarnya nak beli apple tapi fikir2 punya fikir better aku pakai hp.

plus design hp imprint neh masa tuh baru keluar kan. hehe.

semua blog2 aku post pakai laptop neh lah. hehe daripada fotopages ke flickr ke knizam.com ke treasurehuntmalaya.com ke makanmalaya.com dah ke knizam94.wordpress.com

hehe banyak jasa laptop aku neh.

korang selalu nampak gambar laptop aku bila aku buat posting pasal live blogging kan. hehe

wireless dlink modem cum router

masa aku mula2 beli modem neh aku main belasah je beli. hehe

aku malas la nak pakai wireless modem streamyx yang huduh tuh kan

aku terus drive ke lowya and then carik2 modem yang sekali dengan router

sudahnyer aku dah ada mini wireless kat rumah neh

jiran2 aku kalau nak curik line pun boleh. aku malas la regulate

hehe lantak koranglah kan. hehe

masa aku mula2 beli modem cum router neh punya la banyak masalah

dah la aku bukan it geek kan, so tak retilah nak configure nyer

sampai kul 4 pagi beb aku cuba connect ke streamyx

last2 aku giveup aku pakai dial up balik, masuk forum lowyat and then tanya kat sana

sekali ada plak mamat mana ntah yang guna sekali modem cam aku. hehe

settle satu masalah.

kiranya modem cum wireless router aku dah dibeli since 2004 sampai lah sekarang

ok lagi dowh. memang banyak jasa kan. haha

my car proton wira 1.5e automatic

aku sampai sekarang malas la nak tukar kereta

dah jadik asset neh. dah takde liability ok. haha

aku beli since aku keje kat jb 2001 lagik

sampai sekarang aku still pakai and then maintain services nya. hehe

sampai sekarang la jugak aku tak pernah lagi naik motor. haha dah lupa dowh cara2 nak bawak motor. hehe

this domain knizam.com

hehe aku beli this domain this year ok

mula2 dulu aku active dalam knizam94.fotopages.com then pindah ke knizam94.wordpress.com

then aku rasa dah sampai masa aku ada domain sendiri

hehe memang berbaloi sebab aku boleh buat duit ngan blog neh. ada iklan beb

so far unique visitor ada la dalam 500++ sehari.

aku nak target by end of this year akan sampai ke 1000 sehari. hehe ok kan

digicam sony dscw1

digicam neh aku beli tahun 2004

sekarang mcm dah obsolete tapi aku rasa tidak kot

sekarang masih lagi berguna

aku banyak amik gambar ngan video pakai digicam ni lah

semua gambar2 amik pakai digicam neh. kadang aku malas nak edit, aku terus je upload kat flickR

hehe flirkr aku pakai premium so bolehlah upload sesuka hati kan. hehe

digicam neh memang berguna lah. sebab aku suka giler amik2 gambar neh

aku ada memory card sony 1gb so banyak la gambar yang aku amik

camera neh capable nak amik sampai 5.1mp tapi korang percaya tak yang semua gambar2 aku amik pakai 1mp adjer. malas nak menyemak atau full kan hard disk aku tau. hehe

so itulah 6 investments aku setakat neh ye bro zaki. hehe ❗
my car proton wira 1.5e automatic
this domain that i own knizam.com
digicam sony dscw1 5.1mp

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 responses to “Apakah Enam Pelaburan Anda Yang Paling Bernilai Sehingga Kini ?

  1. Pingback: negaraku.net

  2. Pingback: nuffnang gift ideas realmart | :: my life 4 hire ::

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.