Monthly Archives: January 2010

Musim Buah Oren di Pakistan

Live Update: 24 Jan ’10, 11.31am PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Sekarang neh mmg tengah lebat dengan musim buah oren kat pakistan ni
Kat mana2 korang akan nampak pekedai jual buah oren, mmg berlambak2
Kalau ada pokok buah oren kat rumah kan best
Boleh terus petik je kan, hehe tak payah beli
Nanti nak suruh mali or gardener aku tanam pokok buah oren gak la hehe

Loading

Jom Pekena Samosa Rana Market

Live Update: 23 Jan ’10, 7.29pm PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Perghhhhh mmg x leh tahan la tengok samosa banyak2 mcm neh kan
Mmg best dapat belasah samosa yg digoreng panas2 plak tuh
Mmg aku terus sambar 5 samosa terus tadi hehe
Digoreng dalam minyak panas berkuali besar saiz kenduri kawen jira, perghhhh rangup beb
Dan malam neh plak nak makan2 kat rumah salah seorang expat di sini
Thai tomyam ? Hehe

Loading

Al-Fatihah – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail (77) Mangkat Malam Tadi

salam takziah kepada keluarga baginda.

al fatihah.

click pada gambar di atas untuk makluman lanjut

– – – – –

Sultan Johor Mangkat (berita bernama)

JOHOR BAHARU, 22 Jan (Bernama) — Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada Jumaat malam selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden Almarhum Sultan Abu Bakar.

Lunch at Abasi Restaurant Mall Rd

Live Update: 22 Jan ’10, 1.01pm PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Masa singgah ke mall rd at murree semua dah kelaparan kan
Kat pakistan ni manalah ada nasi campur, so ended kenalah belasah local food gak
Tapi kali neh sedap la plak prata ngan dhal neh
kacang dhal dia mmg sebijik2 tapi lembut giler ah
Siap mintak buat telur mata lagi nak makan ngan dhal neh hehe
Minuman apa lagi kalau bukan chai yg sungguh famous di pakistan neh kan
Emmmmm kan ker best kalau dapat melantak nasi kandar lepas solat jumaat kan. Hehe rindu la ngan nasi kandar hehe

Loading

Nampak Mcm Nak Hujan La Pagi Ni

Live Update: 22 Jan ’10, 8.30am PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Masa aku pergi kerja tadi aku perasan langit mcm mendung adjer kat bumi islamabad ni
Ni petanda baik mcm nak hujan adjer neh
Makin sejuk la lepas ni. Hehe
Harap2 akan makin lebat la salji kat murree dgn nathiagali kan
Kalau salji turun kat islamabad pun ok gak. Last sekali masa 2007 salji turun betul2 kat town islamabad. Hehe

Loading