hehe tadi aku baru je balik dari bazaar ramadhan kat lorong tuanku abdul rahman
betul2 kat tengah2 kl tuh
hehe ramai giler manusia kat bazaar tadi
p/s eh tun dr m pakai mask, pm ngan wife x pakai pun kan masa kat bazaar tuh.
cuma satu je la yang aku rasa something wrong
apsal la bilangan yang pakai mask tak ramai eh
aku tengok bebudak pun ramai yang tak pakai mask.
aisey bukan ker bebudak paling berisiko nak kena h1n1 kan
tolong lah weiiii pakai mask bila berada kat tempat sesak mcm tuh
untuk kebaikan bersama jugak ok.
dah 68 orang mati sebab h1n1 neh ok
– – – – –
sumber di sini ya 🙂
KUALA LUMPUR: “Pakai topeng mulut dan hidung,” nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus selesema babi (H1N1).
Walaupun tiada kematian akibat wabak H1N1 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, beliau bimbang melihat sikap orang ramai yang seolah-olah tidak takut terhadap wabak penyakit itu.
Sehingga semalam, angka korban kekal 68 orang sejak kematian pertama dilaporkan pada 21 Julai lalu.




