aku mmg suka la dengan filem2 yasmin ahmad
kalau filem2 mamat khalid mmg dekat dengan rakyat
dekat dengan kampung. suasana rakyat jelata
filem2 yasmin ahmad pun sama jugak
seni / angle camera filem2 yasmin lagi hebat
aku suka dengan iklan2 petronas arahan beliau
aku rasa filem neh pun surelah akan ala2 sepet, gubra dll
angle camera cool. jalan cerita simple
pelakon2 yang sempoi tapi berbakat…. cool kan. hehe 🙂
saksikan trailer2 kat bawah neh
sinopsis kat bawah neh sekali :
source here
Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati – Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.
Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.



