Monthly Archives: May 2008

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) at Politeknik Port Dickson @ Intake July 2008 ! Hehe ! :)

aku akan ke politechnic port dickson july 2008 neh

bukan aku yang nak masuk. hehe

adik aku yang dapat masuk sana. setahun je buat diploma

dia dah dapat sijil kejuruteraan mekanikal from politektik seberang perai baru2 neh

intake july 2008 – diploma kejuruteraan mekanikal (pembuatan). hehe

aku sempat datang kat konvo tuh, hence jalan2 cuti2 malaysia dan jalan2 carik makan kat penang ! hehe

kali neh jalan2 cuti2 malaysia kat pd lah plak july neh. haha

jalan2 cari makan seafood kat port dickson jugak ! hehe

kat sini ada wireless siot ! bestnyer kalau ada connection free kan. hehe

semua gambar kat sini amik from politeknik port dickson nyer website

aku dah letak link untuk semua gambar2 ok

tak sabar2 nak pegi masuk politeknik neh and then amik gambar yg real. haha

kat bawah ni kolej kejuruteraan mekanikal dia

kat bawah neh lecture hall or dewan kuliah yang baru. hehe besar siot beb !

bawah neh admin block dia. memang kaler scheme yang kureng la, haha

neg pak guard. kena lalu sini dulu la kan. hehe

Malaysia vs Argentina : 0-4 – 17 Minutes Left ! Come On Malaysia !

this is what we called as live blogging ! hehe 🙂

aku tengah tengok game hockey malaysia vs argentina live kat espn

argentina tengah lead 4-0

game lagi 17 minutes nak habis

apa cerita malaysia !

after superb performance against pakistan, this is not supposed to be right ?

Loading

Selak2 Udang Cari Mee kat Mee Banjir Udang, Warung Mak Teh, Kuala Sepetang, Perak ! Hehe :)

amik kau panjang giler title. habislah crawler nak crawl kat site neh nanti. haha

hehe lepas check out kat bukit merah laketown, kitaorang drive ke kuala sepetang

nak carik kedai makan yang famous neh la

hehe ni la dia kedai mee banjir udang kuala sepetang

dah banyak yang aku baca pasal mee banjir udang kuala sepetang ni

memang nampak best kan. hehe

ada meja sebelah aku order nasi goreng ngan udang goreng butter yang best giler nampak

hehe nantilah kalau lain kali aku datang sini, aku nak order nasi goreng plak

hehe surelah banyak giler udang kertas yang digoreng ngan butter kan. hehe 🙂

kali neh memang kita kena selak2 udang carik kat mana mee dia

dan bukannya ada udang di sebalik mee. kali ni terbalik ok. haha

kedai dia simple je. mcm warung2 makanan lain kat malaysia

cuma specialty dia ialah udang kertas yang banyak giler dalam masakan dia

korang boleh order mee udang or nasi goreng dengan udang pun ader

aku nak pekena mee udang dululah ok. hehe jemput2 makan ya ! 🙂

Last Activity @ Eco Park at Bukit Merah Laketown Resort & Goodbye ! Hehe :)

lepas puas pergi melawat ke pulau orang utan kitaorang sempat lagi pergi eco park plak

hehe saja je nak menghabiskan masa kan

masa tuh dah pukul 1000hrs. check out kul 1230hrs.

sempat lagi ! haha

so suruh boat berhenti kat eco park jetty then resume kat situ.

bukan main jetty ok ! haha jangan lupa plaks. ahaks 🙂

ingat nak naik kerusi gantung sekali tutup la plaks.

so kena la naik alternative dia. aku lupa la plak amenda dia panggil tu ek

haha sapa2 tahu apa nama kenderaan yang kitaorang naik neh

ala2 lrt je. tapi kena guna tangan nak gerakkan dia

tu dia landasan dia mengelilingi eco park bukit merah neh

penat siot nak mengayuh mendalah neh plak.

haha gayat pun ader gak. tinggi siot.

kalo jatuh, maunyer terstranded aku kat sini seminggu kan. haha

penat giler mengayuh. dah la penat canoeing. penat amik gambar (penat gak la)

then sekarang penat mengayuh mendalah neh

kalo tak tak berjalan la mende kuning ni. haha lenguh2 tangan dowh !

masa kat atas tuh aku sempat snap gambar haiwan2 yang ada kat bawah

‘Hadiah besar’ – Kerajaan setuju naik usia bersara 58 tahun, formula pencen lebih baik ?

perghhhh dah naik ke 58 tahun plak untuk govt ek…. hehe

esok pun ada announcement lagi plaks. ahaks. hehe 🙂

‘Hadiah besar’ – Kerajaan setuju naik usia bersara 58 tahun, formula pencen lebih baik

PUTRAJAYA 10 Mei – Para penjawat awam dan pesara hari ini menerima ‘hadiah besar’ yang menggembirakan apabila kerajaan mengumumkan beberapa insentif yang memberi manfaat kepada mereka.

Antaranya kerajaan bersetuju melaksanakan dua dasar pemberian pencen iaitu menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun dan menghapuskan syarat penyusutan pencen terbitan.

Selain itu umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun dan menambah baik peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dari segi kaedah pelaksanaannya.

Dasar baru pemberian pencen yang melibatkan sejumlah 310,000 pesara berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009 manakala pelanjutan umur berkuat kuasa 1 Julai ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan bersetuju untuk menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun bagi semua pesara.

Kata beliau, sebelum ini pencen kakitangan dan pegawai awam dihitung dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 25 tahun.