amende la nih ekk
Kanak-kanak tidak patut sertai sukan ganas
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat apabila dua kanak-kanak dibenarkan menyertai kejuaraan’ National Freestyle Kickboxing’ di Kota Bharu, pada 6 April lalu.
Berdasarkan laporan, kedua-dua kanak-kanak itu hanya berusia lapan tahun, menendang dan menumbuk antara satu sama lain ‘berlatarbelakangkan muzik tradisional dan sorakan orang ramai yang berterusan.’ Seorang daripada kanak-kanak itu diberi nama timangan ‘Baby Face Assassin’.
CAP menggesa pihak berkuasa memandang serius dan menyiasat kejadian ini dengan sempurna kerana boleh mencetuskan kecenderungan tidak sihat di kalangan golongan muda. Kanak-kanak tidak seharusnya dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan sukan ganas.
Sebaliknya kanak-kanak perlu digalakkan melakukan kegiatan fizikal seperti olahraga dan sukan berpasukan yang tidak menunjukkan keganasan.
Komponen ini menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan tanpa bahaya kecederaan disengajakan terhadap orang lain.
S M MOHAMED IDRIS,
Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
