Transformers Revenge of the Fallen – So-So Je La + Pehal Banyak Sangat Elemen Filem Lain Ni Eh ?

aku baru sempat tengok transformers revenge of the fallen (2009) malam tadi

show kul 2030hrs kat pavilion. penat beb lepas kerja terus ke sana

dengan jam segala semua kan. haha seb baik la ticket free

dah la lapar tak dinner. makan popcorn je lah aku dalam wayang tuh. hehe

overall verdict – kecewa sebab tak sehebat transformers (2007)

yang aku suka :

  • dalam banyak2 robot paling cool jetstar jetfire la. ni kapal terbang ala2 masa perang dunia ke-2 neh dowh. hehe robot pakai tongkat yang sungguh cool. mcm ala2 moyang segala robot la kan. hehe 🙂
  • the twin robot mmg cool. best sebab diaorang banyak cakap. merapu2 plak tuh. hehe 🙂
  • dapat tengok transformers kali neh ngan ticket free. hehe siap dapat coke ngan popcorn lagi dowh.
  • lagu 21 guns green day mmg best giler. kena dengar banyak kali la lepas neh. memang lagu slow-mo yang paling cool from green day. korang mmg wajib dload la lagu neh.
  • robot kecik yang sungguh kelakar. siap tukar from jahat ke baik lagi dowh. haha masa transformers (2007) robot kecik yang dload info from pentagon tuh mmg kelakar giler. kali neh sama gak ngan robot kecik yang megan fox rosak kan mata dia. cool giler robot kecik neh. teringat masa zaman main2 kereta remote control kecik2 dulu. hehe 🙂
  • bumble bee mcm biasa cool giler. kereta kuning paling lawa. aku suka ngan bumble bee.
  • pandai la plak transformers cilok info from te satellite tuh kan. dulu masa transformers (2007) siap nak dload lagi kat atas flight. kali neh dok kat satelitte je nak dengar apa berlaku kat pentagon

yang aku rasa so-so je la :

  • pehal banyak sangat scene yang macam ala2 movie lain eh. pehal ngan hollywood kali neh. dah takde idea ke ? haha kecewa aku dengan michael bay ngan steven spielberg kali neh. biasanya movie2 diaorang banyak surprise, tapi kali neh mcm so-so adjer.
  • korang perasan tak masa scene decepticon nak baca kepala otak shia, dia masuk something (mcm udang) dalam mulut dia. dey! this scene tiru scene mr handerson masukkan udang dalam perut neo tu ke eh ? hampeh! best lagi scene dalam the matrix. lagi saspens dowh! haha
  • masa scene optimus kalah lepas gaduh2 kat hutan. terasa mcm dalam2 movie LOTR plak. dengan pokok2 nya yang banyak tapi mcm tak terusik masa optimus kalah teruk sampai mati terus. hehe 🙂
  • aku tak tahulah kali neh semua robot bercakap dah macam dalam predator plak. hehe masa transformers (2007) nampak real sket tapi kali neh mcm tak best. hehe mungkin sebab banyak sangat robot kot
  • masa scene decepticon anjing (ke rimau?) the decepticon ravage nak jatuhkan biji2 nak curi allspark tuh kan. hen biji2 bulat tuh bercantum jadi robot besar. aku rasa dia ciplak idea dalam minority report lah. dem! scene masa robot2 kecik mcm spider tu carik kat mana tom cruise kat bathtub.
  • lagi satu scene robot yang menyamar jadi pompuan (nak jadi awek) shia tuh. adoyai! sebijik la macam dalam movie species ok. dengan aksi keluar ekor pastu cekik shia. adeh takde idea lain ke michael wooiii !
  • aku rasa kali neh mcm terlampau banyak sangat robot la. sampai tak tahu nak focus tang mana. hehe 🙂
  • paling aku kecewa sebab starscream nyer scene pendek adjer. haha masa transformers (2007) punya respect starscream neh. sempat dia terbang pastu pijak2 je jet lain kan. haha
  • aku rasa robot paling cool masa transformers (2007) is the scorpion kat padang pasir. kali neh still kat padang pasir jugak tapi takde nampak robot yang powerful for decepticon
  • giler boring masa lepas optimus hidup balik and then kalahkan robot bagak nak mampus tu kan. sekejap giler scene dia. robot tuh punya la powerful. sekali kena ngan optimus, hancur mcm tu adjer. haha kalau scene fight neh kasi lama sket surelah akan best kan
  • aku malas nak komen pasal megan fox. haha dia mmg takde role sebenarnya kali neh. tapi sebab dalam poster dah cakap “more megan fox” so aku terima je lah aksi2 seksi dan menyusahkan pelarian shia tuh kan. hehe 🙂 pehal la tak naik bumble bee je nak sampai ke optimus kan. haha dalam 1 batu je dowh masa nak lari tuh!
  • overall mmg aku kecewa la ngan transformers revenge of the fallen kali neh. transformers (2007) lagi best la kan. lagi cool dan power. kali neh mcm banyak sangat robot sampai dah jadi mcm biasa2 adjer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

49 responses to “Transformers Revenge of the Fallen – So-So Je La + Pehal Banyak Sangat Elemen Filem Lain Ni Eh ?

  1. Pingback: Trilogy Lord Of The Rings Masih Lagi Filem Terbaik Yang Pernah Dihasilkan Sepanjang Zaman ! — KNizam Artwerk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.